Quantcast
Derbi Barat Laut, Perseteruan Titanic Dalam Bola Sepak Dunia


BERITA

Derbi Barat Laut, Perseteruan Titanic Dalam Bola Sepak Dunia

Saturday, 14 Jan 2017

Northwest Derby ataupun translasi lagsungnya Derbi Barat Laut masih menjadi perlawanan yang terbesar dalam bola sepak dunia.

Pada Mac 2015, seramai 700 juta penonton yang menyaksikan perlawanan ini. Ia jauh lebih tinggi berbanding dengan el-clasico pada Mac 2015 dengna 400-500 juta tontonan. Manakala final UCL pada Jun hanya 180 juta tontonan.

Ini sudah cukup untuk menyimpulkan perlawanan ini paling menjadi tumpuan di dunia dan paling banyak membuatkan manusia meninggalkan apa jua mereka lakukan untuk 90 minit.

Permusuhan Titanic Inggeris


Titanic adalah satu frasa yang digunakan orang Inggeris untuk menggambarkan sesuatu yang sangat besar.

179 pertemuan direkodkan membabitkan kedua-dua kelab. Liverpool memenangi 65, seri 53 kali dan baki 79 perlawanan dimenangi oleh Manchester United.

1985 FA Cup Semi Final @ Goodison Park. Liverpool v Manchester United

Ryan Giggs adalah pemain dengan rekod penampilan terbanyak dengan 48 perlawanan manakala Steven Gerrard adalah penjaring gol terbanyak di antara kedua-dua kelab dengan 9 gol direkodkan.

Ryan Giggs dan Steven Gerrard

Itulah adalah statistik ringkas pertemuan dua kelab paling berjaya di England. Ia dianggap derbi meskipun 2 kelab ini bukan berjiran.

Bukan Sekadar Permusuhan(Rivalries), Ia Adalah Derbi!


Ini kerana kedua-dua pihak saling menganggap perlawanan ini ada ciri-ciri derbi yang kuat. Jadi ia adalah derbi antara bandar (inter-city derby).

Sir Alex Ferguson enggan menngunakan istilah Rivalry sahaja kerana bagi beliau inilah derbi utama mereka. Walaupun Manchester City ada di sebelah. Ia tidak sehebat derbi ini.

Ia setanding dengan derbi lain di dunia seperti El-Clasico di Sepanyol, Superclasico di Amerika Selatan mahupun derby Dolla Madonnina, Italy.

Pada Final Piala FA 1977, ketika anak buah Bob Paisley tewas 1-2 kepada Man Utd, pengurus lagenda Liverpool tersebut dikerumuni oleh penyokong United.

Alex Ferguson Dan Bob Paisley

Ianya sebagai tanda sokongan kepada Liverpool yang akan beraksi di Final UEFA Champions League. Suasana yang sukar kita dapati pada hari ini selepas empat dekad berlalu.


Derbi Panas

Apakah penyebab sehingga kedua-dua kelab terulung bola sepak Inggeris itu berseteru sehingga singgah kepada kebencian?

Dua bandar ini hanya dipisahkan dengan jarak 56km. Perseteruan di antara dua bandar ini bermula sejak kurun ke-18 dan meliputi sektor budaya, ekonomi, sains dan setiap aspek yang melibatkan perkembangan tamadun sesebuah masyarakat.

Sukan bola sepak berasal daripada England. Maka tidak hairanlah bola sepak menjadi satu budaya bagi masyarakat Inggeris. Ketaksuban mengejar “supremacy” kini berpindah ke dalam sukan bola sepak.

Anfield dan Old Trafford menjadi medan menyambung kehebatan di antara dua bandar utama yang pernah menjadi nadi ekonomi negara kelahiran Shakespeare dan The Beatles.

Terlalu banyak insiden membabitkan kedua-dua buah kelab sama ada di kalangan penyokong maupun pemain .

Siapa boleh lupa insiden seorang penyokong Liverpool meludah Eric Cantona dan kemudian cuba menumbuk pengurus Alex Ferguson ketika sedang naik ke pentas utama selepas perlawanan akhir Piala FA 1996, kontroversi Suarez-Evra berkenaan isu perkauman dan banyak lagi.

Aspirasi dan Prestasi Semasa

Lupakan sebentar sejarah hebat dan insiden buruk yang pernah terjadi. Minggu ini akan menemukan kembali kedua-dua buah kelab untuk kali ke-180. Situasi kali ini mungkin berbeza dengan saingan-saingan tedahulu.

Anak buah Juergen Klopp berada di kemuncak prestasi. Corak permainan yang diterapkan oleh Klopp seakan mulai membuahkan hasil di dalam musim kedua beliau bersama pasukan.

Persembahan konsisten sepanjang 20 perlawanan pertama menempatkan mereka di tangga kedua liga untuk terus memberi tekanan kepada Chelsea.

Jangan nafikannya!

Walaupun pada awal musim, sasaran realistik Liverpool adalah untuk melayakkan diri ke kejohanan UCL.

Dalam kerangka yang lebih luas, semua penyokong kelab yang berpusat di Anfield ini pasti sedar musim 2016/17 adalah peluang terbaik untuk mengejar kejuaraan liga ke-19.

Ataupun sekurang-kurangnya untuk merapatkan diri dengan 20 kejuaraan keseluruhan milik United.

Bagi anak buah Jose Mourinho, rentak kemenangan berterusan pasti ingin dikekalkan untuk menamatkan musim sebagai pasukan yang melayakkan diri ke kejohanan UCL musim hadapan.

Selepas berbelanja besar pada awal musim dalam usaha membentuk skuad baru selepas kegagalan David Moyes dan Louis Van Gaal, kelayakan ke Champions League adalah sasaran realistik untuk Jose Mourinho.

Siapa pun yang mengikuti perkembangan kelab dari Manchester ini pasti tahu akan kejayaan-kejayaan dramatik yang pernah mereka capai. Siapa tahu, kisah dramatik itu akan berulang kembali musim ini?

Satu perkara yang pasti, United tidak rela melepaskan mata di gelanggang sendiri setelah seri di Anfield September lalu.

Jangan Lupa Saksikan Derbi Barat Laut!

Apakah signifikasi perlawanan Ahad ini buat kedua-dua pasukan? Konsistensi pasti sesuatu yang ingin dibuktikan oleh kedua-dua pasukan.

Siapa tahu, perlawanan ini akan menjadi “turning point” untuk keseluruhan musim kedua-dua kelab seteru ini. 15 Januar ini, jam 11.30 malam adalah temujanji kita.

Anda pro-Manchester United, pro-Liverpool atau tidak, perlawanan ini sudah pasti antara perlawanan dalam kalendar tontonan anda. Lebih meriah kalau di mamak.

Nota Editor: Artikel ini ditulis oleh penyokong Manchester United yang tidak asing lagi iaitu Gary Hardin Lugard. Anda boleh hantarkan artikel anda kepada [email protected] dalam format microsoft words.

Baca juga: Mengenang Memori Derbi Barat Laut Bersama Gary Neville Dan Jamie Carragher

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Derbi Barat Laut, Perseteruan Titanic Dalam Bola Sepak Dunia



Berita Bola Yang Menarik