Pandangan Azzmi Aziz Tentang Bekas Penjaring Terbanyak Liga Finland Buat Negeri Sembilan

Negeri Sembilan secara rasminya telah pun menandatangani khidmat penyerang import baharu mereka untuk mengharungi persaingan Liga Malaysia (Liga M) yang akan berlangsung tidak lama sahaja lagi.

Miguel Angel Junco atau lebih dikenali sebagai Mika sah diperkenalkan oleh media rasmi Hoben Jang Hoben dengan pemain dari Sepanyol itu bakal menyarung jersi nombor 9 pasukan tersebut musim ini.

“Berusia 31 tahun, penyerang yang berasal dari Sepanyol ini memiliki ketinggian 1.77 m. Beliau menyertai Negeri Sembilan FC dari kelab Finland, FC KTP.

“Mika bakal menggunakan jersi bernombor 9 musim ini. Selamat datang dan semoga berjaya, Mika,” jelas media rasmi Negeri Sembilan mengenai kehadiran pemain tersebut.

Menerusi perkongsian laman Transfermarkt, Mika sebelum itu pernah merekodkan 15 gol dalam saingan divisyen ketiga di Finland bersama FC TKP dan meraih gelaran selaku penjaring terbanyak.

Malah, Mika turut meraih gelaran pemain terbaik pada tahun 2022 penyerang tahunan terbaik bersama kelab itu untuk menjadikan dirinya cukup berkaliber di Finland.

Sepanjang karier Mika beraksi di posisi serangan, beliau telah pun meledak 62 gol bersama 10 bantuan jaringan daripada 136 perlawanan dihadapi bersama pelbagai kelab.

Negeri Sembilan menjadi kelab kedua diwakili pemain tersebut di Asia Tenggara, apabila pemain berusia 31 tahun itu pernah bermain di Kemboja bersama Svay Rieng dengan catatan 11 gol daripada lapan perlawanan.

Menjadi detik sulung di Malaysia, beliau sudah pun mengenali Negeri Sembilan ketika mewakili Svay Rieng di Kemboja dan sangat teruja untuk membantu Hoben Jang Hoben meraih kejayaan sebanyak mungkin.

“Sudah tentu saya mahu membantu pasukan dan menjaringkan gol sebanyak yang boleh. Saya mengenali kelab ini ketika beraksi di Kemboja dan saya gembira dapat beraksi bersama pasukan ini,” kata Mika menerusi perkongsian media Negeri Sembilan.

Selain itu, Azzmi Aziz selaku pengendali utama Negeri Sembilan turut memberi pandangan beliau tersendiri mengenai kehadiran Mika buat pasukan tersebut untuk memperkukuhkan aspek serangan.

“Kehadiran beliau diharapkan dapat membantu meningkatkan kestabilan pasukan serta menambah pilihan strategi dalam permainan.

“Saya yakin dengan pengalaman dan reputasinya, serta kerjasama dari semua pemain, pasukan kita dapat memberi saingan yang baik musim ini,” ulas Azzmi mengenai kehadiran Mika musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN