Sentuhan Juan Torres Garrido Setaraf Kualiti Jurulatih Tempatan Sahaja

Kredibiliti pengendali utama Malaysia bawah 23 (B-23) iaitu Juan Torres Garrido antara yang menjadi pertikaian kini selepas kegagalan beliau untuk memastikan pasukan kebangsaan tampil positif dalam kejohanan Piala Asia B-23 di Qatar.

Apa tidaknya, bawah kendalian Garrido Malaysia sekadar menamatkan cabaran di pentas Piala Asia B-23 pada kedudukan terakhir peringkat Kumpulan D tanpa sebarang kemenangan serta mata dan hanya mampu mengumpul satu gol sahaja.

Menurut jurulatih berpengalaman iaitu Sulaiman Hussin, beliau berpandangan apa ditampilkan oleh Garrido bersama skuad B-23 negara hanya bertaraf pengendali tempatan sahaja tanpa sebarang keistimewaan.

“Untuk jurulatih B-23, saya rasa kita tidak boleh bawa lebih jauh kalau dilihat pada cara permainan sedemikian, saya rasa jurulatih tempatan juga boleh buat.

“Kita tak perlu ambil jurulatih luar kerana bila lantik tenaga luar sepatutnya kita perlu mendapatkan keputusan lebih baik berbanding jurulatih tempatan. Tapi saya tak mahu komen lebih banyak pasal benda itu,” ulas Sulaiman kepada Semuanya BOLA.

Pada masa sama, beliau juga enggan meletakkan semua kesalahan kepada Garrido kerana hanya setakat itu sahaja kualiti pemain yang dimiliki untuk beliau membentuk barisan pemain Harimau Malaya B-23.

Malah, Sulaiman juga menyifatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pastinya menyedari isu tersebut dan mempunyai perancangan lebih baik untuk mengatasinya.

Tambah beliau yang juga kini merupakan Pengarah Teknikal Kuala Lumpur FA (KLFA) turut mencadangkan agar lebih ramai pemain-pemain muda dihantar beraksi di luar negara untuk menimba pengalaman baharu.

“Saya berharap agar lebih ramai pemain muda dihantar beraksi ke luar negara untuk menimba pengalaman di negara-negara yang mereka mampu bermain dalam pasukan utama.

“Kita tak mahu hantar pemain ke negara-negara yang mempunyai nama ‘glamour’, tak perlu. Kerana kita nak pemain ini terdedah dengan permainan bertaraf tinggi dan mampu beraksi dalam saingan liga yang kita hantar itu supaya hasilnya nanti ada pulangan buat pasukan kebangsaan.

“Oleh itu saya berharap supaya FAM peka dan serius dalam perkara ini dan pemain-pemain bakal dilahirkan selepas itu jangan hanya meletakkan impian untuk bermain di pentas Liga Super, sebaliknya tanam impian untuk beraksi di luar negara serta mampu memberi sumbangan terbaik buat Malaysia,” tambah Sulaiman lagi.

Melihat kepada prestasi keseluruhan negara di Qatar, Sulaiman turut mengakui kurang berpuas hati dengan melihat faktor persiapan, serta ada kualiti pemain Harimau Malaya B-23 tidak mencapai tahap diinginkan bermain di pentas tertinggi seperti Piala Asia.

Bekas pengendali Kuching City itu turut mahu kem kebangsaan belajar daripada pengalaman tersebut kerana jika ia tidak diubah, masalah sama akan kekal berterusan pada masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN