‘Sentuhan Eropah, Citarasa Johor’ – Jersi Terbaharu JDT Wajar Dipuji

Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh dikatakan sering membuat suatu kelainan tidak dijangka serta berada dalam kelas tersendiri jika dibandingkan kelab—kelab lain dalam apa jua perkara termasuk pengenalan jersi baharu.

Di Malaysia, JDT sering meletakkan diri mereka pada suatu kelas tersendiri walaupun sekecil-kecil perkara untuk membandingkan mereka bersama yang lain serta terus menjadi sebutan dalam kalangan peminat di luar atau media sosial.

Sehingga kini evolusi JDT bukan sahaja melampaui peringkat domestik atau Asia sahaja, tetapi kelas dipamerkan mereka sudah pun berada pada tahap Eropah dan itu menjadikan mengapa pasukan tersebut makin terkenal di mata dunia.

Terbaharu, JDT sekali lagi menggemparkan dunia bola sepak negara apabila video serta gambar jersi terbaharu untuk saingan musim 2024/2025 telah pun dilancarkan serta menarik ribuan peminat untuk memberikan pandangan.

Pengenalan jersi ‘home’ dan ‘away’ itu secara rasminya telah pun dilancarkan pasukan tersebut setelah mereka tampil hebat untuk memperkenalkan jersi ketiga beberapa minggu lalu.

Untuk jersi tahun ini, JDT masih mengekalkan jenama Nike untuk tahun ke-10 selepas mereka mula bekerjasama sejak musim 2014 dan kekal sehingga kini.

Bagi jersi ‘home’, JDT mengekalkan warna rasmi mereka iaitu merah dan biru bersama rekaan kolar bulat bercorak jalur di bahagian hadapan pakaian tersebut.

Untuk jersi ‘away’ pula, JDT terus mengenakan warna putih yang sangat kemas bersama jaluran merah di bahagian lengan serta leher dan boleh dianggap cukup eksklusif dalam kalangan peminat.

Kedua jersi tersebut dijual dengan tanda harga RM299 sehelai dan boleh dibeli di JDT Direct Megastore yang terletak di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri.

Melihat kepada komen-komen di media sosial, boleh dikatakan para peminat setia JDT tampil berpuas hati dengan warna serta rekaan jersi tersebut untuk saingan musim ini.

“Kacak macam San Lorenzo, bergaya macam Real Madrid,” puji Amirul Zurhan selepas melihat jersi ‘home’ diperkenalkan oleh Johor Southern Tigers (JST).

“Cantik, mesti dapatkan sehelai nanti, kot-kot boleh kacak macam Hong Wan,” komen Minda Sport pula mengenai jersi terbaharu JDT musim 2024/2025.

“Macam Laksa Johor, sentuhan eropah citarasa Johor,” ulas Muhammad Rizuan Osman dengan kenyataan cukup unik mengenai jersi terbaharu JDT.

Pada masa sama, ramai juga turut memberi pujian positif kepada video pengenalan jersi terbaharu JDT yang dianggap unik serta kreatif di media sosial JST.

Apapun, semoga anda semua dapatkan jersi original sebagai tanda sokongan ikhlas buat pasukan Harimau Selatan serta mengelak daripada membeli barangan cetak rompak.

Kami di Semuanya BOLA berharap JDT terus melangkah maju musim ini selaku salah satu pasukan gergasi di Malaysia serta mencipta lebih banyak rekod positif yang membanggakan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN