Sulaiman Hussin Impi Lahirkan Bakat Muda Berkualiti Buat KLFA & Malaysia

Jurulatih berpengalaman, Sulaiman Hussin kini memulakan tugas baharu dalam karier bola sepak profesional beliau di Malaysia apabila dirinya sah menjadi Pengarah Teknikal buat Kuala Lumpur FA (KLFA).

Menurut Sulaiman, tugas beliau kini terarah untuk membangunkan bakat-bakat baharu bola sepak di sekitar Kuala Lumpur dan membabitkan skuad Piala Presiden, Belia, dan pembangunan di peringkat akar umbi.

“Pengalaman saya sebagai TD (Technical Director) adalah untuk mencari serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan anak-anak di ibu kota.

“Ini kerana sudah sekian lama kita tidak memiliki akademi sendiri yang mana sangat penting untuk kami melahirkan bakat-bakat baharu melalui bentuk kerjasama dengan program-program sedia ada.

“Kami juga sedang merangka pelan-pelan untuk bekerjasama demi pembangunan bakat-bakat baharu pada masa akan datang terutamanya membabitkan pembangunan akar umbi,” kata Sulaiman eksklusif kepada Semuanya BOLA.

Pada masa sama, Sulaiman turut berkongsikan matlamat beliau secara peribadi selaku Pengarah Teknikal buat KLFA musim ini adalah untuk mengembalikan kegemilangan program pembangunan pasukan itu.

Sulaiman Hussin Anggap Sukar Untuk Bekas Pemain Profesional Dijadikan Jurulatih Sekolah

“Matlamat saya mudah kerana saya berasal di sini serta memulakan karier bola sepak profesional bersama KL suatu ketika dah tentu saya ingin mengembalikan kegemilangan program pembangunan pasukan ini.

“Apabila berada di sini, saya berpeluang untuk menyampaikan kepada semua betapa pentingnya program dan proses latihan lebih tepat bagi memastikan para pemain dilahirkan daripada proses akar umbi ini mempunyai asas yang kuat dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Jika dilihat pada situasi kini, kita banyak melahirkan pemain baharu tetapi kualiti untuk mereka bersaing di peringkat antarabangsa sangat rendah.

“Kita nak lihat pemain muda ini bukan sahaja mampu bersaing di peringkat domestik, tetapi berkelana serta berkebolehan beraksi di luar negara.

“Ini adalah impian saya, bukannya mudah tapi perlu dilaksanakan kerana masa yang ada itu saya sendiri tidak pasti berapa lama akan berada di sini. Tetapi saya akan membentuk jalannya.

“Oleh itu, sesiapa yang menggantikan jawatan saya selepas ini mampu untuk meneruskan apa telah dirancang. Itu tugas saya.

“Ianya mencabar tetapi saya teruja untuk menggalas tanggungjawab itu kerana sebelum ini saya banyak berada di padang selaku jurulatih, tetapi kini perlu membuat segalanya di pejabat dan ia sedikit pelik untuk saya sendiri rasai pada awalnya,” ujar beliau kepada kami.

Menerusi pengalaman beliau sebelum ini bersama pelbagai pasukan termasuk Kuching City musim lalu, pastinya ia bakal digunakan dengan baik oleh Sulaiman untuk membentuk para pemain muda di KLFA.

Selaku pemain, Sulaiman terdahulu pernah beraksi untuk skuad SUKMA Selangor, MPPJ, serta MK Land sebelum menceburi bidang kejurulatihan.

Kami di Semuanya BOLA mengharapkan yang terbaik buat Sulaiman bersama KLFA musim ini serta sentuhannya dapat melahirkan lebih ramai bintang-bintang baharu masa hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN