Kenapa Terengganu Tak Perlu Bimbang Kehilangan Khidmat Ivan Mamut?

Terengganu sebelum ini dilaporkan mungkin akan kehilangan khidmat penyerang import berbisa mereka pada awal musim 2024/2025 dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dari Croatia iaiu Ivan Mamut.

Ini kerana Mamut dilaporkan mengalami kecederaan serius yang memaksa pengendali Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner terpaksa melupakan seketika khidmat penyerang berbisa tersebut pada aksi pramusim kini.

Mamut boleh dianggap sebagai pemain import paling cemerlang buat Terengganu pada tahun lalu apabila beliau melakar rekod selaku penjaring terbanyak buat pasukan tersebut untuk musim pertamanya di Malaysia.

Rekod tahun lalu menyaksikan Mamut berjaya meledak 22 gol secara keseluruhan dalam semua perlawanan disertai dan penyerang itu membuktikan mengapa beliau wajar dikekalkan musim ini.

Walaupun begitu, sentuhan berbisa Mamut terpaksa dilupakan seketika oleh penyokong Sang Penyu dan mereka sebenarnya tidak perlu terlalu bimbang akan kehilangan pemain berkenaan.

Tanpa Mamut, sebenarnya Terengganu masih lagi tampil selaku antara pasukan cukup berbahaya pada saingan hadapan dan posisi hadapan mereka juga dianggap tidak begitu terjejas secara keseluruhan.

Penyerang import baharu diikat musim ini, Ismaheel Akinade juga tidak kurang hebat daripada segi ketajaman beliau selaku penyerang utama pasukan tersebut.

Setakat ini, Akinade sudah pun meledak sebanyak dua kali berturut-turut dalam saingan pramusim, Agarbomb Performance Cup 2024 dengan terbaharu ketika mereka menentang Kedah Darul Aman (Kedah).

Untuk rekod, Akinade beraksi untuk Kelantan The Red Warriors (TRW) pada awal tahun 2023 sebelum beliau ditandatangani Kelantan United pada pertengahan musim pula.

Secara keseluruhan, penyerang ini tampil dengan rekod cukup positif apabila beliau meledak 10 gol bersama enam bantuan jaringan secara keseluruhan daripada 25 perlawanan dihadapi.

Tidak hanya berpaksikan kepada jumlah gol, Akinade juga memiliki aspek cukup tinggi untuk membantu rakan sepasukan lain mendapatkan jaringan menerusi daya kreativiti dimilikinya.

Maka ia dianggap sebagai suatu kelebihan cukup baik buat Sang Penyu musim ini untuk menggunakan kelebihan dimiliki Akinade bagi mempertajamkan lagi aspek serangan mereka.

Selain Akinade, Terengganu masih memiliki penyerang muda di skuad simpanan iaitu Khalaif Naskam yang tampil berbisa bersama Kelantan TRW pada tahun lalu sebelum diikat Sang Penyu.

Pada usia masih muda, Khalaif sudah pun memiliki pengalaman berguna bersama Kelantan TRW pada tahun lalu di saingan Liga Super, dan untuk Terengganu II kini beliau telah meledak gol sulung sewaktu menentang Penang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN