Stefano Pioli Berjaya Buat Satu Benda Yang Pengurus AC Milan Lain Gagal

AC Milan

Permulaan cemerlang dinikmati AC Milan hasil rekod kemenangan bersih dalam lapan perlawanan awal memberikan gambaran bahawa kelab yang satu ketika digelar gergasi bola sepak Eropah itu kini seakan-akan sudah tersedar daripada lamunan panjang.

Kali terakhir menjuarai kempen Serie A 2010/11 yang ketika itu dibimbing Massimiliano Allegri, AC Milan kemudiannya gagal untuk menamatkan saingan domestik di kedudukan empat pasukan teratas selama tujuh musim berturut-turut bermula musim 2013/14.

Keadaan itu juga telah membuatkan kelibat kelab yang turut bergelar Rossoneri itu seperti sudah dilupakan terutamanya dalam pentas Liga Juara-Juara Eropah di mana kali terakhir mereka menyertai saingan tersebut adalah pada musim 2012/13. Malah, mereka turut pernah menamatkan saingan liga di tempat ke-10.

Namun, permulaan musim ini menyaksikan Milan seolah-olah mendapat suntikan semangat baharu yang menyaksikan skuad bimbingan Stefano Pioli itu menjaringkan 19 gol dan hanya dibolosi enam gol dalam semua kejohanan disertai selepas mengharungi lapan perlawanan.

Yang terbaharu, AC Milan berjaya menundukkan kelab gergasi Scotland, Celtic 3-1 hasil jaringan Rade Krunic, Brahim Diaz dan Jens Peter Hauge di Celtic Park.

Sehubungan dengan momentum cemerlang itu, Pioli menegaskan rahsia susulan kebangkitan yang dipamerkan skuad AC Milan ialah kerana beliau merasakan keseluruhan kelab tersebut pada ketika ini sudah bergerak ke arah yang sama [mencapai kejayaan] dan sanggup berkorban antara satu sama lain.

”Rahsianya? Kami semua bekerja dalam satu arah, kelab, kakitangan teknikal, pemain, kami semua terlibat.”

”Rahsia itu terletak pada kerja kami, pengorbanan dan keinginan untuk meningkatkan prestasi,” ujar Pioli menurut laporan Goal.

”Kekuatan kami adalah untuk berfikir bahawa perlawanan seterusnya sentiasa merupakan perkara yang sangat penting dan kami perlu menuju ke hadapan dengan mentaliti seperti ini.”

”Secara harmoni, kami bekerja dengan cukup baik. Saya sentiasa memberitahu kepada pemain untuk memanfaatkan setiap saat dan terus meningkat, kerana dalam bola sepak, ujian tidak akan berakhir, anda sentiasa perlu untuk membuktikan [kehebatan].”

Karakter anak buah Pioli bakal sekali lagi duji apabila Milan akan melayani kunjungan AS Roma untuk menghadapi perlawanan kelima kempen Serie A pada awal pagi Selasa depan.

Kredit featured image: Marco Luzzani/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Milan:

Zlatan Ibrahimovic: Saya Mahu Letak AC Milan Di Tempat Sepatutnya

Ruud Van Nistelrooy: Pertahanan AC Milan 2004/05 Paling Sukar Dihadapi

RASMI: Jersi Nombor 8 AC Milan Milik Sandro Tonali

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN