Ruud Van Nistelrooy: Pertahanan AC Milan 2004/05 Paling Sukar Dihadapi

Ruud Van Nistelrooy

Bekas peledak berbisa Manchester United, Ruud Van Nistelrooy mendedahkan gandingan skuad AC Milan musim 2004/05 yang menampilkan Paolo Maldini, Alessandro Nesta dan Cafu merupakan jentera pertahanan paling sukar ditemui sepanjang kariernya.

Kenyataan tersebut jelas terbukti apabila Nistelrooy dan rakan sepasukannya pada ketika itu seperti Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan Ryan Giggs tidak mampu untuk menjaringkan gol pada aksi peringkat 16 Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford dan San Siro.

Selain daripada memiliki ‘back four’ kental, AC Milan juga turut diperkuatkan dengan pemain tengah bertahan yang cukup ‘liar’ iaitu Gennaro Gattuso dan Clarence Seedorf.

Keadaan itu membuatkan Nistelrooy merasakan berhadapan dengan barisan pertahanan AC Milan pada ketika itu adalah merupakan satu perkara yang cukup menakutkannya.

”Pertahanan Itali cukup mengerikan untuk dihadapi,” ujar Nistelrooy menurut laporan Sport Bible.

”Pertahanan yang saya hadapi ialah Cafu, Jaap Stam, Alessandro Nesta dan Paolo Maldini. Itu merupakan satu perkara yang luar biasa.”

”Dan mereka mempunyai Gattuso di hadapan mereka. Saya berfikir mereka akan ‘membunuh’ saya sebelum saya mendapat bola.”

”Oh, dan mereka juga memiliki [Andrea] Pirlo dan Seedorf, merupakan pemain terkuat dalam bola sepak.”

”Ia merupakan malam yang cukup sukar. Saya tidak berjaya untuk mendapatkan sebarang percubaan ke arah pintu gol mereka,” tambah Ruud Van Nistelrooy lagi.

Hernan Crespo muncul wira buat AC Milan apabila jaringan tunggalnya pada kedua-dua perlawanan tersebut telah melayakkan skuad Rossoneri ke suku akhir dengan aggregat 2-0.

Kredit featured image: Alex Livesey/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai bekas pertahanan AC Milan:

Leave a Reply