UEL: Arsenal, Spurs, Leicester Menang Bergaya Dalam Aksi Pembukaan

Arsenal UEL

Tiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal, Tottenham Hotspur dan Leicester City memulakan aksi pembukaan Liga Europa (UEL) dengan kemenangan ke atas lawan masing-masing.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit untuk menundukkan wakil Austria, Rapid Vienna selepas kesilapan penjaga gol Bernd Leno memberikan jaringan pendahuluan buat pasukan tuan rumah.

Rapid yang beraksi di hadapan 3,000 orang penonton di stadium jelas beraksi lebih baik pada babak pertama, namun gol pertama perlawanan hadir enam minit selepas rehat separuh masa.

Ercan Kara dan Taxiarchis Fountas bijak memberi tekanan kepada Leno yang menerima hantaran ke belakang David Luiz dan kesilapan penjaga gol Jerman tersebut membuat hantaran lemah dimanfaatkan oleh Fountas untuk membuka akaun jaringan.

Tujuh minit kemudian, Leno sekali lagi membuat kesilapan sama apabila hantarannya dipintas Fountas, namun berjaya menebus kesalahan tersebut dengan menyelamatkan gawang Arsenal daripada bocor buat kali kedua.

David Luiz menyamakan kedudukan buat The Gunners pada minit ke-70 dengan membuat tandukan mudah hasil hantaran Nicolas Pepe dari sepakan percuma.

Empat minit kemudian, Aubameyang muncul hero dengan mudah menolak masuk hantaran Hector Bellerin bagi memastikan Arsenal berjaya meraih kemenangan UEL pertama mereka dan membawa pulang tiga mata ke Kota London.

Sementara itu, satu lagi kelab utara London Tottenham Hotspur turut mencatat kemenangan dengan menewaskan satu lagi wakil Austria, LASK 3-0 di gelanggang sendiri di mana Gareth Bale diturunkan dalam kesebelasan utama buat kali pertama.

Jaraingan Lucas Moura pada minit ke-17 dan gol sendiri Andres Andrade 10 minit kemudian meletakkan Spurs di kedudukan selesa pada separuh masa pertama sebelum Son Heung-min meledak gol ketiga pada penghujung permainan untuk mengesahkan kemenangan bergaya buat Jose Mourinho.

Satu lagi kelab Inggeris, Leicester City menundukkan kelab Ukraine, Zorya Luhanks dengan keputusan 3-0 dengan Kalechi Iheanacho muncul pemain paling menyerland dengan satu gol dan dua bantuan jaringan.

Gol pertama The Foxes pada minit ke-28 disumbang oleh James Maddison yang menolak masuk bola ketika keadaan kelab kabut di hadapan gol selepas rembatan lencong Harvey Barnes terkena tiang.

Seminit sebelum tamat rehat, Barnes bijak menyungkit bola menewaskan penjaga gol Mykyta Shevchenko dalam situasi satu lawan satu dan Iheanacho meledak gol ketiga Leicester pada minit ke-67.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

James Rodriguez Bakal Diketepikan Selepas Cedera Dibentes van Dijk

Kemar Roofe Mungkin Telah Jaringkan Gol Jarak Jauh Terbaik Di Dunia

De Gea Kembali Ke Prestasi Terbaik Kerana Tergugat Dengan Henderson

Leave a Reply