Jawapan Kylian Mbappe Bila Ditanya Nak Messi Atau Ronaldo Dalam Pasukannya

Kylian Mbappe

Reputasi Kylian Mbappe di pentas bola sepak sememangnya tidak boleh dipertikaikan apabila beliau sudah dua kali bergelar penjaring terbanyak saingan Ligue 1 hanya pada ketika usianya baharu mencecah 21 tahun pada ketika ini.

Mula beraksi secara profesional pada usia 17 tahun, Mbappe pantas memberikan impak menakjubkan berbekalkan kemahiran individu serta kualiti hebat dimilikinya. Hal ini kerana beliau sudah menjaringkan 84 gol dalam kempen Ligue 1 manakala 21 jaringan telah dihasilkannya di pentas Liga Juara-Juara Eropah.

Pencapaian hebat dinikmatinya itu sekali gus jauh meninggalkan dua bintang dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Pada usia 21 tahun, Ronaldo tidak pernah menjaringkan gol dalam saingan UCL manakala Messi pula hanya mampu meledakkan dua gol sahaja.

Ia bagaimanapun tidak langsung menghilangkan rasa hormat Mbappe terhadap dua nama yang cukup unggul dalam kancah bola sepak dunia itu.

Mbappe  seringkali diajukan pertanyaan berkenaan siapakah di antara Messi atau Ronaldo yang beliau mahu untuk berada dalam pasukannya dan jawapan diberikannya sudah cukup untuk memperlihatkan rasa kagum beliau terhadap kedua-dua bintang tersebut.

Embed from Getty Images

”Jika saya diberikan peluang memilih antara Messi dan Ronaldo untuk bermain dengan saya, saya lebih rela duduk di bangku simpanan dan biarkan mereka berdua bermain bagi memastikan pasukan kami berjaya memenangi perlawanan.”

Kira-kira tiga tahun yang lalu, Mbappe pernah berkongsikan tentang bagaimana beliau mengagumi Ronaldo sewaktu zaman kanak-kanaknya.

”Dia merupakan hero saya sejak dari kecil lagi dan ia merupakan sesuatu yang luar biasa dapat bertemu dengannya ketika saya melawat Valdebebas [Pusat Latihan Real Madrid].”

”Dari seorang pemenang lima kali Ballon d’Or, anda boleh mempelajari banyak benda. Dia merupakan seorang pemain yang hebat tetapi saya juga ada di sana [untuk menjadi pemain hebat].”

”Neymar juga pada pendapat saya mempunyai banyak persamaan dan hampir menyerupai Cristiano Ronaldo. Saya juga belajar daripada [Edinson] Cavani untuk menjadi penjaring gol,” ujar Mbappe bercakap kepada MARCA.

Kredit featured image: Baptiste Fernandez/Icon Sport via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Kylian Mbappe:

Kylian Mbappe Ejek Balik Orang Yang Kata Ligue 1 Itu ‘Farmers League’

Kylian Mbappe Puji Kerja Luar Biasa Pasukan Perubatan PSG

Fabio Cannavaro: Kylian Mbappe Mampu Ikut Jejak Langkah Ronaldo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN