Fabinho: Saya Kena Buat Apa Yang Sentiasa van Dijk Lakukan

Fabinho

Beraksi cemerlang di posisi pertahanan tengah ketika membantu Liverpool menewaskan Ajax pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2020/21 awal pagi semalam, Fabinho menegaskan beliau perlu untuk melakukan apa yang seringkali dilakukan oleh Virgil van Dijk terhadap kem The Reds, sebelum ini.

Pemain kelahiran Brazil itu terpaksa diletakkan di posisi tersebut selepas Joel Matip turut mengalami kecederaan dan hanya meninggalkan Joe Gomez sebagai pertahanan tengah tulen dimiliki skuad utama Liverpool.

Aksi cemerlang ditampilkan Fabinho di mana beliau dan Gomez berjaya mengekang asakan hebat diberikan Ajax dan beliau turut berjaya menyelamatkan bola di atas garisan susulan percubaan lambung daripada Dusan Tadic penghujung separuh masa pertama.

Sehubungan dengan itu, ada pendapat mengatakan bahawa Liverpool sudah memiliki pengganti yang sesuai bagi mengisi kekosongan van Dijk. Bagaimanapun Fabinho menepis tanggapan tersebut dan menganggap tiada gunanya untuk memikirkan sedemikian rupa.

”Sudah tentu, saya bukannya Virgil. Dia merupakan pertahanan terbaik dunia pada ketika ini.”

”Pengurus memberitahu saya harus lebih banyak bercakap untuk cuba dan membuatkan pasukan ini lebih tersusun,” ujar Fabinho menurut laporan The Mirror.

”Kadang-kadang saya perlu untuk mendapatkan bola kedua dan bersedia untuk memberikan tekanan. Dengan peranan ini, saya perlu untuk memberikan yang terbaik.”

”Apabila kita tahu Virgil terpaksa diketepikan dalam tempoh yang lama, saya sangat terkejut kerana yang pertamanya, dia merupakan pertahanan terbaik pada ketika ini.”

”Tetapi bagi kami semua [Liverpool], dia merupakan seorang pemimpin dalam pasukan dan di dalam bilik persalinan.”

”Dia akan sentiasa membuatkan suasana adalah bagus, berada dalam keadaan baik dan kami semua akan merinduinya. Tetapi saya perlu untuk melakukan sedikit perkara yang sebelum ini Virgil sentiasa lakukan.”

”Saya akan cuba untuk menyusun pasukan ini. Untuk bercakap kepada pasukan dan cuba untuk menjadi seorang pemimpin.”

Kredit featured image: Paul Ellis – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Liverpool:

Carragher: Keluarkan Wang Besar, Liverpool Kena Dapatkan Upamecano

Ini Peningkatan Mengejutkan Liverpool Selepas Ambil Jurulatih Throw-In

Penyokong Liverpool Harus Maafkan Pickford Seperti Mana Penyokong Everton Maafkan Son

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN