Carragher: Keluarkan Wang Besar, Liverpool Kena Dapatkan Upamecano

Upamecano

Legenda Liverpool, Jamie Carragher mengakui tonggak pertahanan RB Leipzig, Dayot Upamecano merupakan calon sesuai buat The Reds bagi mengisi kekosongan berikutan kecederaan panjang dialami Virgil van Dijk.

Ketiadaan van Dijk dalam tempoh yang lama pastinya membuatkan jentera pertahanan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sedikit pincang dan Carragher melihat Jurgen Klopp perlu mengambil langkah bijak dalam membawa masuk pemain pertahanan baharu pada jendela perpindahan musim sejuk nanti.

Upamecano yang sememangnya terbukti begitu kental dalam mengemudi jentera pertahanan Leipzig merupakan prospek masa depan ‘digilai’ banyak kelab ternama dunia.

Sehubungan dengan itu, Carragher merasakan pemain kelahiran Perancis itu mampu untuk menampung kekosongan yang ditinggalkan van Dijk tersebut sekali gus memainkan peranan penting buat Liverpool.

”Pembelian terbesar Liverpool selepas ini seharusnya merupakan seorang pemain pertahanan tengah dan saya bercakap tentang jendela perpindahan musim panas seterusnya.”

”Apabila Dejan Lovren pergi dan mereka tidak menggantikannya dengan pemain lain, jadi mereka hanya mempunyai tiga pemain pertahanan tengah di mana salah seorang daripadanya, Joel Matip sentiasa mengalami kecederaan.”

”Terdapat juga tanda tanya tentang Joe Gomez,” ujar Carragher menurut laporan Goal.

”Jadi, tiada keraguan bahawa Liverpool harus mengeluarkan dana besar di jendela perpindahan musim panas akan datang. Itulah perancangan awalnya. Tetapi sekarang ia perlu dibawa ke hadapan pada 1 Januari, siapa juga sasarannya.”

”Ia tidak boleh diselesaikan pada penghujung Januari. Jangan membuang masa di bulan tersebut untuk mengadakan rundingan.”

”Terdapat seorang pemain muda yang semua orang memperkatakan tentangngnya di Leipziq, Dayot Upamecano. Sama ada dia mempunyai profil seperti Van Dijk, saya rasa dia hanya berketinggian 6’1″ atau 6’2″, jadi dia mungkin tidak terlalu tinggi, tetapi dia adalah seorang pemain yang mereka mahukan, maka bawa sahaja dia ke depan [perpindahan Januari].”

”Bayar wang lebih dan lakukannya pada 1 Januari. Ia bermakna menghadapi 11 perlawanan liga tanpa Virgil van Dijk.”

”Satu perkara untuk mengatakan tentang Virgil van Dijk ialah dia hanya mendapatkan lima ‘clean sheets’ pada 23 perlawanan terakhir dan Van Dijk main pada kesemua perlawanan tersebut, jadi ia kelihatan seperti semuanya tidak sempurna. Kami melihat dibolosi tujuh gol bertemu Aston Villa dan perlawanan menentang Leeds.”

”Tetapi saya rasakan mereka perlu mengeluarkan wang yang besar untuk mendapatkan pemain [pertahanan],” tambah Carragher lagi.

Kredit featured image: Roland Krivec/DeFodi Images via Getty Images

Baca artikel lain dari kami yang berkaitan dengan Dayot Upamecano:

Arsenal Dalam Misi Dapatkan Pertahanan Muda Dayot Upamecano Dari RB Leipzig

UCL 2019/20: RB Leipzig Tunjukkan Atletico Madrid Jalan Keluar

Perancis Terlalu Banyak Pertahanan Tengah Muda Berkualiti

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN