Pulau Pinang Buru Khidmat Jurulatih Import Untuk Saingan Liga Super 2021

Pulau Pinang Liga Super 2021 Astro Arena

Nampaknya Pulau Pinang terpaksa melupakan terus khidmat pengendali sedia ada, Manzoor Azwira Abd Wahid untuk saingan Liga Super musim hadapan.

Pengendali muda berbakat itu dua kali melakar sejarah membawa Pulau Pinang ke Liga Super. Musim pertamanya, ia dinafikan oleh arahan pemotongan mata oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akibat masalah tunggakan gaji yang telah ditebus musim ini, sekaligus merangkul kejuaraan Liga Premier buat julung kalinya.

Bukan satu tugas mudah kerana Manzoor Azwira juga terpaksa merombak hampir keseluruhan skuadnya pada musim ini. Pulau Pinang juga tidak tewas sejak Mei 2019 sebelum tumbang 0-1 pada perlawanan terakhir liga menentang Terengganu FC II.

Begitupun, Manzoor Azwira tiada Lesen Pro A untuk membolehkannya untuk terus mengendalikan pasukannya di Liga Super. Mungkin ianya satu tamparan hebat buat Manzoor Azwira, Pulau Pinang dan juga barisan pemain yang sudah serasi dengannya.

Menerusi posting di laman Facebook FA Penang, Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) memaklumkan mereka akur dengan keputusan oleh FAM yang telah menolak rayuan Pulau Pinang untuk kekalkan Manzoor Azwira bagi saingan musim hadapan.

FAP dilaporkan berkata, “Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) akur dengan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menolak permohonan menggunakan jurulatih tanpa lesen kejurulatihan Pro AFC dalam Liga Super musim hadapan.”

“Walaubagaimanapun, Pulau Pinang telah mempunyai ‘Plan B’ bagi mengisi jawatan ketua jurulatih musim hadapan dengan seorang jurulatih import dari eropah sebagai calon utama. Namun identiti jurulatih ini belum dapat disahkan kerana masih dalam proses rundingan,” tambahnya dan turut menjelaskan yang ianya tampak positif.

Sebelum ini, FAP telah membuat rayuan mengenai kedudukan pengendali berusia 43 tahun itu untuk dikekalkan. Disamping itu, turut dilaporkan oleh wartawaran The Star, T. Avineshwaran yang Pulau Pinang juga sedang mempertimbangkan jurulatih lain.

Menurutnya, pengendali berasal dari Republik Czech, Thomas Trucha berada dalam radar skuad Harimau Kumbang untuk dibawa masuk. Begitupun, hasil semakan, pengendali yang memiliki Lesen UEFA Pro itu sudah menandatangani kontrak bersama kelab di Kenyan Premier League, AFC Leopards pada 2 November lalu.

KREDIT FEATURED IMAGE: FA PENANG

Baca lagi artikel mengenai Pulau Pinang:

Empat Tonggak Pulau Pinang ‘Ditambat’ Semula Termasuk Casagrande

Pulau Pinang Gagal Lakar Musim ‘Invincible’ Seperti Juara Musim 2013, Sarawak

Manzoor Azwira: Terima Kasih, Inilah Hadiah Istimewa Kepada Para Penyokong

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN