Juventus Nak Beli Van De Beek Kalau United Tak Pandai Guna

Van de Beek Juventus

Baru sahaja beberapa bulan menyertai Manchester United, Donny van de Beek telah pun dikaitkan perpindahan ke  Juventus ekoran kurang minit permainan bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Pemain tengah Belanda berkenaan merupakan pembelian termahal United pada musim ini selepas tiba dari Ajax dengan yuran perpindahan sekitar £40 juta pada musim panas lalu.

Namun beliau bergelut untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama selepas hanya bermain 86 minit sahaja dalam aksi EPL setakat ini.

Di bahagian tengah, pemain berusia 23 tahun itu terpaksa bersaing dengan beberapa pemain bintang seperti Bruno Fernandes, Juan Mata, Paul Pogba, Nemanja Matic, Fred dan Scott McTominay.

Melihat perkembangan tersebut, akhbar Itali Calcio Mercato melaporkan pengurus Juventus, Andrea Pirlo sudah pun merancang untuk mendapatkan Van de Beek pada Januari ini sekiranya pemain tersebut tidak gembira di Old Trafford.

Jika perpindahan tersebut berjaya, beliau akan kembali bergandingan dengan bekas rakan sepasukannya, Matthijs de Ligt di mana kedua-dua mereka merupakan watak utama dalam membantu Ajax mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2018.

Van de Beek beraksi cemerlang ketika United menang 4-1 ke atas Instanbul Besaksehir dan beliau sememangnya kerap diturunkan dalam perlawanan-perlawanan UCL berbandingan aksi domestik.

Untuk perlawanan EPL berdepan Southampton pada Ahad ini, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dijangka akan menurunkan Van de Beek di posisi yang sama ketika perlawanan tempoh hari berikutan kecederaan yang menimpa Paul Pobga.

“Tiada masalah, saya dah biasa bermain di posisi tersebut. Memang semasa tahun pertama saya bersama skuad utama Ajax saya bermain di posisi nombor 6.

“Selepas itu bila kami dapat jurulatih baharu dia tukarkan saya ke posisi nombor 10 kerana dia mengatakan saya boleh menjaringkan banyak gol. Jadi saya boleh bermain di kedua-dua posisi tersebut, saya tak kisah.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United dan Donny van de Beek:

Cemerlang Bersama Spurs, Adakah United Menyesal Buang Mourinho?

Scott McTominay: Masa Donny van de Beek Akan Tiba

Ejen Berang Dengan Minit Perlawanan Van De Beek Dalam Kempen EPL

Leave a Reply