Pulau Pinang Gagal Lakar Musim ‘Invincible’ Seperti Juara Musim 2013, Sarawak

Pulau Pinang Liga Premier 2020 juara invisible sarawak 2013

Kali terakhir juara Liga Premier tidak tertewas atau ‘invincible’ adalah pada saingan musim 2013, di mana Sarawak menjuarainya dan Pulau Pinang hampir melakukannya pada musim ini, namun dikecewakan di saat akhir oleh Terengganu FC II.

Penyerang berusia 25 tahun, Jordan Mintah menjadi pemusnah kepada segalanya buat Pulau Pinang, dua minit sebelum perlawanan berakhir dan jaringan tunggal itu telah membantu TFC II menang tipis 1-0 ke atas juara Liga Premier musim ini.

Ia juga sekaligus mengakhiri rekod 20 perlawanan tanpa kalah Pulau Pinang dan pengendali, Manzoor Azwira selepas mengambil alih skuad tersebut pada pertengahan musim lalu. Begitupun, ia satu pencapaian yang sangat luar biasa buat mereka.

Melalui enam kekalahan dengan hanya dua kemenangan telah membuatkan pengurusan Pulau Pinang memanggil kembali bekas pengendali yang pernah bersama mereka, Manzoor Azwira pada pertengahan musim lalu untuk merubah nasib pasukan.

Ahmad Yusoff, pengendali ketika itu dilihat gagal apabila Harimau Kumbang yang disasar layak ke Liga Super hanya berada di zon bawahan liga. Kehadiran Manzoor membawa perubahan yang jitu buat skuad tersebut di pusingan kedua.

Mereka tidak tewas sejak Mei 2019 dan ia diteruskan pada saingan musim ini menyaksikan Pulau Pinang berjaya meraih gelaran juara Liga Premier selepas pencabar terdekat, Kuala Lumpur tercicir mata berdepan Perak II, minggu lalu.

Tewas sekali menyaksikan mereka sekadar menyemai rekod juara musim 2011 iaitu PKNS FC dan pasukan yang bakal terkubur musim depan, FELDA United yang menjuarai saingan Liga Premier musim 2018. Ia masih rekod yang baik buat skuad itu.

Sarawak kini masih menjadi juara Liga Premier yang gah dengan rekod ‘invincible’ selepas menjuarai musim 2013 tanpa sebarang kekalahan. Menariknya, penjaring terbanyak mereka ketika itu, Bobby Gonzales kini beraksi bersama Pulau Pinang.

Bobby Gonzales meledak 20 gol untuk membantu Sarawak yang ketika itu dibawah kendalian Robert Alberts untuk meraih tiket ke pentas Liga Super 2014 disamping meraih Anugerah Kasut Emas buat dirinya pada penghujung musim tersebut.

KREDIT FEATURED IMAGE: MFL

Baca lagi artikel mengenai Pulau Pinang:

Leave a Reply