Pesaing terdekat pendahulu carta penjaring terbanyak CIMB Liga Super 2020 kepada Shahrel Fikri, Ifedayo Olusegun berkata beliau tidak terlalu memikirkan Anugerah Kasut Emas. Beliau hanya akan melakukan tugasnya – menjaringkan gol.
Selangor memburu kedudukan terbaik dengan kemenangan berdepan FELDA United pada malam ini akan membantu mereka melonjak satu anak tangga ke kedudukan ke-4 liga – jika Terengganu FC tumbang kepada Pahang di laman sendiri.
Jika mereka tewas kepada pasukan yang dijangka berkubur pada musim depan itu, Pahang dan UiTM FC dijangka mampu memintas kedudukan mereka, malah Melaka United juga berpeluang memintas, jika berjaya atasi Johor Darul Ta’zim (JDT).
📊 KEDUDUKAN CIMB LIGA SUPER – PUSINGAN LS10#ForwardFootball#BangkitSemangatBola#CIMBLigaSuper2020 pic.twitter.com/MzXEoXlAyJ
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 5, 2020
The Red Giants dalam momentum terbaik dengan sentuhan jaringan mula dirasai sejak pertukaran jurulatih berlaku dengan kira-kira tiga minggu lalu, B. Satiananthan telah dipecat dan telah digantikan sementara oleh Michael Feichtenbeiner.
10 gol dihasilkan oleh Selangor dalam dua aksi di bawah kendalian Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) itu, menyamai 10 gol yang telah dijaringkan dalam lapan perlawanan sebelum itu ketika dibimbing oleh Satiananthan.
Menurut penyerang utama mereka ketika ditanya mengenai aksi berdepan FELDA United, “Bagi kami, ini hanyalah satu lagi perlawanan [yang perlu diharungi]. Kami akan cuba memburu kemenangan sementara saya cuba menjaringkan gol.”
ONE. LAST. RIDE! 🚗
— Selangor FC (@selangorfc) October 6, 2020
Bagi perlawanan terakhir #CIMBLigaSuper2020, Red Giants akan menerima kunjungan Felda United di Stadium UiTM, Shah Alam.
Mari tutup musim ini dengan kemenangan, Gergasi Merah! 🔴🟡#RedGiants#KitaAdalahSatu
📷: @asianadotmy pic.twitter.com/j4Z7aW1rAl
Baginya, walaupun beliau jangkakan bakal dirantai oleh pertahanan lawan, sudah tentu tanggungjawabnya untuk pasukan adalah memburu gol. Tiada istilah mengalah pada dirinya dan beliau akan berusaha untuk menjaringkan gol bagi membantu pasukan.
“Ia sudah menjadi tugas saya, saya diikat pun kerana tugas untuk menggempur. Saya sekadar melaksanakan tugas dengan harapan dapat menyumbat sebanyak gol yang mungkin,” tambahnya yang meledak 25 gol dalam 30 penampilan bersama Selangor.
Menurut Ifedayo mengenai tanggapannya terhadap Anugerah Kasut Emas, “Kejayaan meraih Kasut Emas bukanlah satu perkara yang buruk mahupun baik [buat dirinya].
Dalam pada itu, menurut rekod, Ifedayo Olusegun tidak pernah terlepas daripada meledak gol ketika berdepan The Fighters menjadikan beliau antara senjata ampuh buat The Red Giants dalam pertembungan kedua-dua pasukan itu malam nanti.
KREDIT FEATURED IMAGE: FA SELANGOR