Perak Tanpa Shahrul Saad Buat Kali Pertama, Tapi Mehmed Durakovic Tak Risau

Mehmed Durakovic Shahrul Saad Perak Liga Super 2020

Perlawanan antara Perak dan Kedah bukan sahaja menjadi penentuan tempat kedua saingan CIMB Liga Super 2020, tetapi ia merupakan ‘tiket’ ke Piala AFC 2021 tetapi beraksi tanpa kapten, Shahrul Saad, bagaimana The Bos Gaurus akan melaluinya?

Ini merupakan kali pertama Perak akan turun tanpa Shahrul Saad selepas pertahanan utama skuad kebangsaan itu telah beraksi 900 minit maksimum iaitu dalam semua perlawanan sepanjang musim ini. Tentunya sukar untuk Mehmed Durakovic mencatur.

Ditambah pula dengan gandingan penyerang Kedah yang sangat tajam diketuai oleh Kpah Sherman dan Kipre Tchetche, pastinya beliau sedikit resah dengan kekuatan bentengnya nanti. Idris Ahmad dijangka akan mengambil tempat Shahrul Saad.

Idris Ahmad hanya dua kali tampil dalam kesebelasan utama – berdepan UiTM FC dan PDRM FA dan buat kali pertamanya akan bergandingan dengan Antony Golec dalam perlawanan liga. Mereka pernah sepadang tetapi bukan bergandingan di bek tengah.

Antony Golec pula tampil dalam sembilan aksi dengan 790 minit daripada 900 minit maksimum sebelum ini. Adakah gandingan pertamanya bersama Idris Ahmad mampu mengekang kemaraan jentera serangan Helang Merah yang sangat dahagakan gol.

Kedah tidak pernah gagal menjaringkan gol kecuali ketika tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) 0-1 pada aksi pembuka tirai, Februari lalu. Namun, mereka merupakan antara pasukan yang kurang meledak gol di kalangan lima pasukan terbaik liga.

Menurutnya tentang ketiadaan kaptennya, “Agak merumitkan perancangan saya kerana dia [Shahrul Saad] antara tonggak terpenting di bahagian pertahanan.

“Saya tidak mahu berasa terlalu gusar kerana akhirnya bola sepak adalah sukan berpasukan dan apa yang paling penting, bagaimana pemain saya beraksi bersama satu sama lain pada perlawanan itu nanti,” tambah pengendali berusia 54 tahun itu.

Perak dalam momentum terbaik selepas menang tiga daripada empat perlawanan terkini, dan Mehmed Durakovic yakin moral daripadanya akan membantu skuadnya esok. Katanya, “Moral pemain buat masa ini berada pada tahap menakjubkan.”

“[Ia] ditambah dengan semangat yang mereka tampilkan ketika mampu bangkit daripada ketinggalan tiga gol sebelum seri 3-3 berdepan Pahang. Tetapi, saya tidak mahu terlalu beri tekanan kepada pemain,” jelasnya lagi kepada Sinar Harian.

Selain itu, berkemungkinan juga Perak boleh mengetengahkan pertahanan tengah Perak II, Tarik Isic, yang buat kali pertama ‘hilang’ dalam kesebelasan utama skuad tersebut ketika tewas 1-2 kepada UKM FC dalam aksi terakhir Liga Premier.

KREDIT FEATURED IMAGE: BERNAMA

Baca lagi artikel mengenai Shahrul Saad dan Perak:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN