Quantcast

BERITA

Netizen Buat Hal, Serang Akaun Instagram Isteri Shahrul Saad

Seperti yang sudah diketahui umum, skuad Harimau Malaya tunduk 0-1 ditangan Vietnam pada aksi ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional My Dinh, malam tadi.

Skuad negara kelihatan bergelut bagi mempamerkan corak permainan kemas seperti dijelmakan ketika dua aksi terdahulu menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perlawanan yang berlalu kita biarkan berlalu dan dijadikan pengajaran buat Tan Cheng Hoe dan anak buahnya untuk tampil dengan lebih baik pada aksi menentang Thailand dan Indonesia, 14 dan 19 November nanti di Bukit Jalil.

Namun, lebih mencuri tumpuan adalah tindakan penyokong yang bertindak melulu apabila menyerang akaun Instagram milik isteri kepada pemain pertahanan negara, Shahrul Saad.

Penyokong tersebut juga dilihat melepaskan geram dengan kata-kata yang pastinya mengguriskan hati seorang insan apatah lagi ia melibatkan suami tercinta yang sedang berjuang untuk negara.

Mungkin kesabarannya sudah ke tidak mampu bertahan, isteri Shahrul [Syuhadaaadilla] kemudiannya bertindak berkongsikan  kata-kata yang telah dilemparkan terhadapnya di story instagram dan pada yang sama turut memberikan reaksi balas yang berbunyi:

Shahrul

”Assammualaikum. Nak serang IG suami saya dipersilakan. Nak kritik jangan sampai menghina ahli keluarga pemain. ‘Diorang’ tak bersalah. Tak perlu DM saya benda yang sama juga untuk benda bodoh ‘ni’. Tapi Mak ‘Bapak’ jangan ‘dibawak’ main. Saya tetap doa yang baik-baik buat kamu.”

Bukan mahu menyebelahi mana-mana pihak tetapi apa yang dilakukan oleh penyokong tersebut amatlah keterlaluan. Apatah lagi dengan menghamburkan kata-kata sedemikian.

Tidak salah dalam memberikan kritikan sebagai seorang penyokong namun ia bukan tiket untuk kita ‘menyerang peribadi’ atau ‘mengganggu’ ahli keluarga pemain tersebut.