Baru sahaja beberapa bulan membimbing Juventus, Andrea Pirlo sudah mula merasai bahang kritikan ke atasnya yang pastinya ia merupakan pengalaman pertama berdepan dengan situasi berkenaan.
Bekas pemain tengah Itali tersebut tidak pernah menjadi pengurus atau ketua jurulatih buat mana-mana pasukan utama sebelum dilantik sebagai pengurus baharu kelab Serie A berkenaan pada musim panas lalu menggantikan Maurizio Sarri.
Seri 1-1 ketika berdepan Benevento pada Sabtu lalu meletakkan skuad Bianconeri itu di tangga keempat liga dengan 17 mata selepas sembilan perlawanan, ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga AC Milan.
📸⚽️ #BeneventoJuve: The Gallery ➡️ https://t.co/1uFcgZ7K9b#FinoAllaFine #ForzaJuve pic.twitter.com/wwlcwMAWhh
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) November 29, 2020
Kali terakhir AC Milan memenangi Scudetto adalah pada musim 2010/11 di mana ketika itu Zlatan Ibrahimovic masih bersama kelab tersebut dan selepas itu Juventus mendominasi kejuaraan liga untuk sembilan musim berturut-turut.
Semua kejuaraan tersebut diraih sewaktu di bawah kendalian Antonio Conte, Massimiliano Allegri dan Sarri pada musim lepas. Persoalannya adakah Pirlo mampu meneruskan kesinambungan tersebut?
Tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dalam tiga perlawanan berdepan pasukan bawahan serta pertengahan liga iaitu Crotone, Benevento dan Hellas Verona, Juventus gagal mencatatkan kemenangan.
Maka timbul persoalan adakah taktikal Pirlo hanya berpusatkan penyerang Portugal tersebut yang telah menjaringkan lapan gol dalam lima perlawanan.
Sunday morning on the pitch.
The latest from Continassa ➡️ https://t.co/vJWtKNUWHk#ForzaJuve pic.twitter.com/giSeJ2HpPz
— JuventusFC 🇬🇧🇺🇸 (@juventusfcen) November 29, 2020
Sementara Paulo Dybala yang cemerlang sewaktu di bawah bimbingan Sarri pada musim lepas pula kini semakin tenggelam selepas ketiadaan bekas pengurus Chelsea tersebut dengan hanya menyumbang satu gol sahaja dalam sembilan perlawanan.
Adakah Juventus melakukan kesilapan meletakkan kepercayaan terlalu tinggi kepada jurulatih yang masih ‘mentah’ tanpa sebarang pengalaman?
Pengurus sehebat Pep Guardiola juga diberi tugasan membimbing Barcelona B selama beberapa musim terlebih dahulu sebelum diyakini dapat mengendalikan skuad utama yang dibarisi oleh pemain-pemain bintang.
Pirlo kini berdepan dengan tugasan berat di bahunya bukan sahaja untuk membuktikan keupayaannya, tetapi juga untuk mendiamkan pengkritik yang menjangkakan beliau hanya mampu bertahan semusim sahaja jika Juventus terlepas kejuaraan Serie A musim ini.
https://twitter.com/kjvea/status/1332774379810398211?s=20
Juventus akan menentang kelab Rusia, Dynamo Kyiv pada Rabu ini untuk perlawanan kelima peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di mana mereka telah pun layak ke pusingan seterusnya.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Andrea Pirlo dan Juventus:
Kaka: Andrea Pirlo Faham Bola Sepak, Bakal Jadi Pengurus Yang Unik