Andrea Pirlo: Bergelar Pengurus Membuatkan Saya Lebih Tertekan

Andrea Pirlo

Pengendali Juventus, Andrea Pirlo tanpa berselindung mengakui tugasan yang baharu sahaja dinikmati itu membuatkan dirinya berada dalam keadaan lebih tertekan berbanding tanggungjawab sebagai seorang pemain.

Pirlo mengecapi karier gemilang sebagai pemain terutamanya ketika menyarung jersi AC Milan dan Juventus merupakan bekas pemain tengah yang amat dikagumi dengan kualiti hebat dimilikinya.

Aura hebat serta merupakan seorang legenda di Juventus menyaksikan beliau diberikan tanggungjawab besar untuk menggalas tanggungjawab bagi membimbing skuad The Old Lady itu susulan pemecatan pengurus terdahulu, Maurizio Sarri.

Sehubungan dengan itu, Pirlo yang dilantik pada 9 Ogos lalu merasakan tekanan lebih besar digalasnya apabila bergelar pengurus berbanding beraksi di tengah padang sebagai pemain.

”Ia jelas sekali lebih tertekan berada di tepi padang [sebagai pengurus]. Ia kerana sewaktu saya masih di tengah padang, saya boleh memutuskan apa yang saya mahu lakukan dengan bola.”

”Dari bangku simpanan, saya boleh menguruskan pasukan tetapi orang lain yang akan memainkan peranan mereka masing-masing, khususnya bagi mereka yang bermain. Jadi, ia sangat sukar sebagai jurulatih.”

”Ketika saya bermain, saya memiliki gaya-gaya tertentu yang mungkin membuatkan saya boleh terlibat dengan sesuatu situasi dan menjadi penentu dalam situasi tersebut di atas padang.”

”Sekarang, saya harus melakukannya sendiri di tepi padang,” ujar Pirlo bercakap kepada laman sesawang rasmi UEFA.tv.

Juventus pada ketika ini berjaya mencatatkan satu kemenangan dan satu keputusan seri selepas mengharungi dua perlawanan liga untuk menduduki tangga kelapan Serie A.

Aksi ketiga bertemu SS Napoli tempoh hari di laman sendiri tidak dapat diadakan selepas skuad bimbingan Gennaro Gattuso itu tidak hadir ke Allianz Stadium berikutan wabak COVID-19 yang melanda pasukan tersebut dan Juventus berkemungkinan meraih kemenangan percuma.

 

Kredit featured image: Silvia Lore/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Andrea Pirlo:

Pirlo Mahu Kembalikan Semangat Juventus Seperti Dilakukan Conte

Pirlo: Ronaldo Jadi Yang Pertama Tiba Dan Terakhir Pulang Dari Latihan

Daripada Maestro Kepada Mister Pirlo, Ini 20 Fakta Mengenai Pengurus Baharu Juventus

 

Leave a Reply