Andrea Pirlo Nafi Beri Layanan Istimewa Buat Ronaldo

Pirlo Ronaldo

Pengurus Juventus, Andrea Pirlo menepis dakwaan yang mengatakan beliau memberikan layanan istimewa terhadap bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Pirlo dalam pada itu turut menjelaskan bahawa Ronaldo dilayan sama seperti rakan sepasukannya meskipun beliau memiliki reputasi yang cukup gah.

Ronaldo memulakan musim 2020/21 dengan cemerlang apabila berjaya meledakkan lapan jaringan selepas menghadapi lima perlawanan Serie A sekali gus menjadikannya sebagai penjaring kedua terbanyak liga.

Beliau hanya ketinggalan dua gol di belakang penyerang berpengalaman AC Milan,  Zlatan Ibrahimovic.

”Saya masih belum mencabarnya [Ronaldo] dari aspek situasi bola mati. Saya melayaninya sama seperti pemain-pemain lain,” ujar Pirlo menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya sentiasa ada di dalam dan luar padang. Sangat mudah untuk menjalinkan hubungan baik dengan orang-orang yang sentiasa merendah diri. Saya amat menyukainya.”

”Saya bersikap sedemikian dengannya, sebagai seorang juara. Begitu juga dilakukan dengan [Gianluca] Frabotta atau [Manolo] Portanova, yang merupakan dua orang pemain muda kami.”

”Saya melakukan perkara saya seperti saya gunakan ketika bergelar pemain,” tambah Pirlo lagi.

Dalam perkembangan lain, Pirlo akhirnya berpeluang untuk menggandingkan Ronaldo, Paulo Dybala dan Alvaro Morata di jentera serangan pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah bertemu wakil Hungary, Ferencvaros  pada awal pagi esok selepas ketiga-tiga pemain tersebut bebas daripada sebarang kecederaan.

Kredit featured image: Silvia Lore/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai dua individu penting buat Juventus ini:

Andrea Pirlo: Bergelar Pengurus Membuatkan Saya Lebih Tertekan

Pirlo Mahu Kembalikan Semangat Juventus Seperti Dilakukan Conte

Pirlo: Ronaldo Jadi Yang Pertama Tiba Dan Terakhir Pulang Dari Latihan

 

Leave a Reply