Kaka: Andrea Pirlo Faham Bola Sepak, Bakal Jadi Pengurus Yang Unik

Andrea Pirlo

Kaka dan Andrea Pirlo telah menikmati karier bola sepak yang cukup gemilang terutamanya ketika mereka bersama-sama bergandingan serta menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah 2006/07 ketika menundukkan Liverpool 2-1 di perlawanan akhir.

Kedua-dua pemain ini juga telah mengecapi nikmat selaku juara Piala Dunia apabila Kaka memenanginya pada edisi 2002 manakala Pirlo pula menjulang piala paling berprestij di dunia itu empat tahun kemudiannya.

Lebih menarik untuk diperkatakan, Kaka dan Pirlo menamatkan karier hebat dalam bola sepak pada tahun 2017 di negara yang sama iaitu Amerika Syarikat apabila Orlando City menjadi pasukan terakhir buat Kaka manakala Pirlo bersama New York City.

Bergandingan bersama selama enam musim sudah pasti membuatkan Kaka amat mengenali keupayaan serta sifat kepimpinan yang cukup menebal dalam diri pengendali Juventus tersebut.

Meskipun tidak menyangka bekas rakan sepasukannya itu akan begitu pantas untuk menjadi pengurus di sebuah kelab ternama, Kaka melihat Pirlo bakal menjadi seorang pengurus yang unik.

”Itu perkara yang menyenangkan. Saya gembira melihat bekas rakan sepasukan saya terlibat [mengendalikan] dengan pasukan yang hebat.”

”Dia kelihatan untuk menjaga pasukan remaja dan berusaha bagi meningkatkan kualiti, tetapi dia sudah pun mencapai tahap itu [bergelar pengurus skuad utama.”

”Baiklah, Andrea amat memahami tentang bola sepak. Pasti mudah untuk mengikutinya,” ujar Kaka menurut laporan Football Italia.

”Dia beruntung kerana pernah bekerja dan mendapat tunjuk ajar daripada ramai pengurus hebat. [Seperti] Ancelotti, Allegri, Conte.”

”Pada akhirnya, saya masih merasakan Pirlo akan menjadi seorang yang unik, walaupun sebagai seorang jurulatih.”

Pirlo sebelum ini dilantik menjadi pengurus skuad bawah 23 tahun Juventus dan kemudiannya telah dinaikkan pangkat hanya selepas sembilan hari untuk menggantikan Maurizio Sarri yang dipecat.

Kredit featured image: New Press/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Andrea Pirlo:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN