Diogo Jota: Hari Tanpa Cristiano Ronaldo Hari Terbaik Saya

Diogo Jota

Pemain Portugal, Diogo Jota menegaskan bahawa tiada tekanan buatnya yang menggantikan Cristiano Ronaldo selepas beliau berjaya mempamerkan kehebatan ketika membantu A Seleção menewaskan Sweden 3-0 pada aksi UEFA Nations League (UNL) 2020, awal pagi tadi.

Dipertanggungjawabkan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Ronaldo, Jota  mudah untuk membalas kepercayaan pengendali pasukan, Fernando Santos apabila cemerlang menjaringkan dua gol dan turut mencipta jaringan pembukaan dihasilkan Bernardo Silva.

Dengan kemenangan di Estadio Jose Alvalade, Lisbon tersebut, Portugal yang merupakan juara bertahan kejohanan pada ketika ini menghuni tangga teratas kumpulan A3 selepas mengumpul 10 mata, hanya berkelebihan perbezaan jaringan berbanding juara dunia, Perancis.

Mengulas mengenai aksinya pada perlawanan itu, Jota turut mengakui ia merupakan hari yang terbaik buatnya sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional.

”Ia merupakan satu malam yang sangat menarik, dan salah satu daripada persembahan terbaik saya buat negara saya.”

”Kami mencatatkan keputusan hebat bertemu Sweden yang tidak mudah untuk dihadapi, jadi kami sangat berbangga dengan keputusan ini.”

”Jurulatih [merujuk Fernando Santos] telah membuat pilihan sebelas pemain untuk setiap perlawanan. Saya melakukan yang terbaik di atas padang.”

”Tiada tekanan buat saya untuk menggantikan Ronaldo. Kami amat profesional dan sekiranya ‘boss’ membuat pilihan sebelas pemain untuk masuk ke padang, ini bermakna mereka harus bekerja.”

”Saya merasakan ini merupakan detik tertinggi buat saya. Menyertai Liverpool adalah langkah besar dalam karier saya dan pada hari ini saya kembali berada dalam skuad kebangsaan.”

”Saya perlu untuk terus kekal melakukan yang terbaik,” ujar Diogo Jota menurut laporan dikeluarkan Goal.

Kredit featured image: Pedro Fiúza/NurPhoto via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Portugal:

Bawa Masuk Vitinha Dari Porto, Wolves Kini Digelar ‘Mini Portugal’

 

 

Bernardo Silva Bangga Raih Kejuaraan Sulung Bersama Portugal

Highlight: Portugal Tewaskan Belanda Untuk Muncul Juara Edisi Sulung UEFA Nations League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN