Quantcast

BERITA

Bernardo Silva Bangga Raih Kejuaraan Sulung Bersama Portugal

Kejayaan menjulang trofi UEFA Nations League memberikan makna yang cukup besar buat pemain tengah Portugal, Bernardo Silva.

Kejuaraan yang pertama kali diperkenalkan itu juga lebih bermakna apabila menjadi trofi pertama buat Silva ketika menyarung jersi Portugal.

Lebih manis, Silva juga turut dinamakan sebagai ‘Pemain Terbaik Kejohanan’.

Kemenangan 1-0 Portugal ditangan Belanda itu menyerikan lagi ‘treble’ domestik yang dikecapi Silva setelah membantu Manchester City menjuarai Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Carabao.

Mengulas mengenai pencapaiannya pada musim ini, Bernardo Silva gembira dengan kejayaan diraihnya.

”Bagi saya untuk menamatkan musim dengan cara begini, ia sangat menakjubkan. Saya sangat gembira dengan musim yang dilalui.”

PORTO, PORTUGAL – JUNE 05: Cristiano Ronaldo of Portugal celebrates after scoring his team’s second goal with Bernardo Silva during the UEFA Nations League Semi-Final match between Portugal and Switzerland at Estadio do Dragao on June 05, 2019 in Porto, Portugal. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

”Sangat gembira untuk menamatkan saingan dengan cara begini bersama orang-orang hebat yang membantu kami dalam dua perlawanan lalu.”

”Dan sekarang adalah masa untuk berehat dan membuat persiapan bagi menghadapi musim hadapan serta mencuba untuk melakukan yang lebih baik.”

Dalam pada itu, Silva turut meluahkan rasa bangganya dapat memenangi trofi sulung bersama Potugal.

”Saya sangat berbangga, perkara yang lebih penting adalah Portugal memenangi kejohanan.”

”Saya sangat berbangga untuk memenangi kejuaraan pertama buat negara kelahiran dan sudah tentu sekiranya dapat menambah (anugerah individu), anda hanya berkata, ia lebih baik.

”Saya sangat gembira buat masa ini.”

Di Manchester City, Bernardo Silva merupakan antara watak penting dalam membantu The Cityzens pada musim ini dan sering menjadi pilihan utama pengurus pasukan, Pep Guardiola.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!