Andrea Pirlo Akan Laksana ‘Dasar Pandang Ke Belanda’ Di Juventus

Andrea Pirlo akan memastikan Juventus bermain mengikut acuan falsafah bola sepak Belanda pada musim depan. Maklumat ini didedahkan oleh Luca Fiorino, wartawan sukan Itali yang membuat liputan berita peralihan karier Pirlo dari pemain kepada jurulatih.

Menurut Fiorino, Pirlo sangat minat dengan falsafah bola sepak Belanda yang berpaksikan kepada permainan penguasaan bola, dinamik (seperti falsafah Total Football acuan Rinus Michels) dan pemain-pemain muda.

Ketika menulis tesis untuk mendapat lesen kejurulatihan UEFA Pro, Pirlo dilaporkan telah mengkaji sistem taktikal Manchester City, Sassuolo, AZ Alkmaar, Ajax Amsterdam dan RB Leipzig.

“Beliau menggemari falsafah bola sepak Belanda yang banyak menggunakan pemain muda dan bermain dalam sistem dinamik berasaskan penguasaan bola. Di Itali, Pirlo banyak mengkaji struktur yang digunakan oleh Roberto De Zerbi di Sassuolo,” tulis Fiorino di Twitter.

https://twitter.com/LucaFiorino24/status/1293148666203709440

“Sudah tentulah pasukan-pasukan seperti AZ Alkmaar dan Sassuolo tidak berada dalam satu kelas sama dengan Juventus. Tapi ia tak bermakna sistem taktikal mereka tidak boleh dipakai.”

Kenyataan Fiorino ini kemudiannya disanggah oleh penyokong Juventus yang berkata:

“Pirlo memmpunyai pengurus seperti [Marcelo] Lippi, [Carlo] Ancelotti dan [Antonio] Conte. Kenapa tiba-tiba beliau berminat dengan AZ Alkmaar pula?”

Fiorino kemudiannya menjawab dengan video Pirlo (dalam bahasa Itali) yang memberitahu sendiri keobsesannya dengan falsafah bola sepak Belanda.

https://twitter.com/LucaFiorino24/status/1293159020136718336

Menurut Fiorino, disebabkan keobsesan Pirlo dengan bola sepak Belanda, pengurus Juventus baru itu turut minat dengan tiga pemain AZ Alkmaar.

“Pirlo bukan sahaja tertarik dengan cara pengurus Arne Slot menyusun taktikal AZ Alkmaar. Malah beliau juga peminat tiga pemain mereka iaitu Owen Wijndal, Myron Boadu dan Teun Koopmeiners.

“Bagaimanapun masih tak diketahui sama ada tiga pemain AZ Alkmaar ini akan dibawa masuk ke Juventus atau tak.”

Selain itu, Pirlo juga dilaporkan berminat untuk membeli pemain tengah Sassuolo, Manuel Locatelli dan penyerang sayap Udinese, Rodrigo De Paul. Turut berada dalam radar pembelian Pirlo adalah klon mudanya, Sandro Tonali (Brescia) dan Nicolo Zaniolo (AS Roma).

Untuk membawa pemain-pemain yang dimahukannya, mahu tak mahu Juventus perlu menjual beberapa pemain Juventus yang sedia ada.

Aaron Ramsey merupakan nama pertama yang berada dalam senarai pemain yang mahu dijual Pirlo.

Selain Ramsey, Pirlo turut dilaporkan tidak berminat dengan Sami Khedira, Gonzalo Higuain, Douglas Costa, Federico Bernardeschi, Mattia De Sciglio dan Daniele Rugani.

Seorang pemain Juventus yang pastinya gembira dengan ‘Dasar Pandang ke Belanda’ yang mahu diterapkan Pirlo adalah Matthijs de Ligt.

Bergelut mencari prestasi cemerlangnya di bawah kendalian Maurizio Sarri selepas berhijrah dari Ajax Amsterdam, De Ligt pasti tidak akan mempunyai banyak masalah untuk menyesuaikan diri di bawa Pirlo.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN