Juventus Umum Pelantikan Andrea Pirlo Sebagai Pengganti Maurizio Sarri

Andrea Pirlo

Juara Serie A 2019/20, Juventus membuat pengumuman yang mengejutkan apabila telah melantik Andrea Pirlo sebagai pengurus baharu skuad The Old Lady hanya beberapa jam selepas memecat pengendali terdahulu, Maurizio Sarri.

Keputusan itu boleh dianggap drastik kerana Pirlo masih belum mempunyai pengalaman dalam membimbing mana-mana pasukan, baik pasukan remaja mahupun senior.

Dalam pada itu seperti yang dilaporkan sebelum ini, Pirlo juga baharu sahaja dilantik sebagai pengurus skuad bawah 23 tahun Juventus pada minggu lalu.

”Pilihan pada hari ini berdasarkan kepada kepercayaan bahawa Pirlo memiliki apa yang diperlukan untuk memimpin pasukan buat pertama kali dari bangku pemain simpanan, seorang pakar dan berbakat untuk mengejar kejayaan baru,” menurut kenyataan dikeluarkan Juventus.

Seperti yang diketahui, Pirlo bukanlah asing buat gergasi bola sepak Itali itu kerana beliau pernah menabur bakti bersama kelab tersebut bermula tahun 2011 sehingga 2015.

Sepanjang empat musim bersama Juventus, Pirlo telah membantu Bianconeri memenangi empat gelaran Serie A berturut-turut dan melayakkan diri ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2014/15 yang mana Barcelona muncul juara hasil kemenangan 3-1.

Terdahulu, Maurizio Sarri telah dipecat susulan kegagalan Juventus untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah setelah mereka dikecewakan Olympique Lyon.

Walaupun menang 2-1 pada pertemuan awal pagi semalam, Juventus dihumban keluar daripada persaingan berikutan kelebihan jaringan di tempat lawan dimiliki wakil Ligue 1 itu. Ia berikutan kekalahan 0-1 Juventus pada aksi pertama di Perancis.

Tugas berat pastinya menanti pengurus berusia 41 tahun itu kerana beliau menggalas tanggungjawab bersama pasukan yang bergelar juara Serie A sembilan musim berturut-turut dan kelab tersebut dibarisi ramai pemain berkelas dunia.

Kredit featured image: Andrea Pirlo

Baca artikel lain dari kami mengenai Pirlo:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN