Quantcast

BERITA

Jorginho: Sarri Akan Dianggap Sebagai Pembelot Sekiranya Sertai Juventus

Pemain tengah Chelsea. Jorginho berkara beliau akan kecewa sekiranya Maurizio Sarri menyertai Juventus dan bertanggapan tindakan tersebut dilihat sebagai pembelot oleh penyokong Napoli.

Sumber kepada ESPN berkata Chelsea bersedia untuk menerima permohonan pelepasan oleh Sarri untuk membenarkan pengurus itu menyertai Juventus menggantikan Massimiliano Allegri.

Dianggap pembelot

12 bulan lalu, Sarri hampir membawa Napoli menjuarai Serie A sebelum dikecewakan Juventus dengan perbezaaan empat mata.

Seperti Sarri, Jorginho juga menyertai Chelsea selepas tamat kempen musim 2017/18 bersama Napoli. Bagaimanapun pemain tengah Itali kelahiran Brazil itu berkata, penyokong-penyokong Napoli pasti tidak gemar akan keputusan yang diambil oleh Sarri itu.

(Photo by Ben STANSALL / AFP) (Photo credit should read BEN STANSALL/AFP/Getty Images)

“Ia akan dianggap sebagai belot, tetapi ia adalah normal,” ujar Jorginho di satu sidang media bersama skuad kebangsaan Itali baru-baru ini.

“Neapolitans pernah dan masih menyimpan Sarri di dalam hati mereka.

“Kita semua tahu bagaimana sikap penduduk di Naple. Mereka amat bersungguh dan bersemangat [dalam bola sepak]. Kerana itu tindakan ini akan dianggap sebagai perbuatan belot. Demikianlah ia akan dilihat [oleh penyokong Napoli].

Sering dikritik

Walaupun membimbing Chelsea untuk mengakhiri musim di tangga ke-3 liga, dan menjuarai UEFA Europa League, Sarri sering dikritik sepanjang musim ini. Namun Jorginho berpendapat, tempoh bersama Chelsea akan menjadi detik penting buat jurulatih tersebut.

“Saya percaya [Sarri pergi] akan mengecewakan ramai pihak. Saya berpendapat beliau semakin bertambah baik dan telah belajar banyak perkara di EPL.

“Ia bukan sahaja melalui pengalaman beliau mengendalikan pemain-pemain setiap hari. Tetapi apabila anda menyertai kelab besar seperti ini, dan bekerja dengan pemain-pemain tertentu, ia membuatkan Sarri menjadi jurulatih yang lebih baik selepas ini.”