Quantcast

BERITA

Dennis Bergkamp Mahu Kembali Sebagai Jurulatih Bola Sepak

Dennis Bergkamp memberitahu bahawa beliau akan kembali ke kancah bola sepak selepas mendapat permintaan daripada beberapa pihak, menurutnya dipetik menerusi akhbar British, The Mirror.

Pada 22 Disember 2017, tampuk pengurusan Ajax yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Edwin Van Der Sar dan Pengarah Bola Sepak, Marc Overmars telah memecat pengurus pasukan, Marcel Keizer dan pembantu jurulatih, Dennis Bergkamp dengan alasan hilang kepercayaan terhadap kemampuan mereka selepas beberapa siri prestasi yang mengecewakan.

Sedia kembali

Selepas ‘berehat’ hampir 18 bulan, Bergkamp memaklumkan kepada media yang beliau bersedia menerima sebarang tawaran untuk kembali bertugas, dan bertekad untuk menyumbangkan segala pengalaman dimiliki ketika berada dalam barisan kejurulatihan Ajax.

“Di Ajax, saya membentuk penghubung antara akademi dan pasukan pertama.”

“Dan saya ingin bekerja dengan cara yang sama – mengasah bakat, berperanan sebagai jurulatih, dan bekerja secara individu dengan baik.”

(L-R) fysiotherapist Pim van Dord of Ajax, assistent trainer Dennis Bergkamp of Ajax, assistent trainer Hennie Spijkerman of Ajax during the Dutch Eredivisie match between SC Heerenveen and Ajax Amsterdam at the Abe Lenstra stadium on march 15, 2015 in Heerenveen, the Netherlands(Photo by VI Images via Getty Images)

“Kami telah melihat banyak aspek taktikal dalam permainan tetapi apa sahaja yang anda analisis, ia tetap atas dasar bakat – dan bagaimana anda mengembangkan bakat itu.”

“Di sinilah saya berpendapat saya boleh membantu. Di Ajax, saya tidak hanya memberi tumpuan kepada penyerang pasukan pertama ketika datang ke latihan.

“Saya juga suka bekerja dengan penyerang di akademi – membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi.”

“Masa saya di Ajax berakhir dengan tiba-tiba. Tetapi ia tidak bermakna saya berhenti di sini. Selain Belanda, masih banyak peluang yang menanti. ”

Pengaruh Cruyff

Dalam pada itu, Bergkamp turut menyentuh peranan penting yang dimainkan oleh legenda bola sepak Belanda iaitu Johan Cruyff yang terlibat membawa beliau menyertai skuad senior Ajax satu ketika dahulu.

“Pengaruh Johan [Cruyff] amat besar sepanjang karier saya sebagai seorang pemain bola sepak profesional,” katanya.

“Dia adalah insan yang memilih saya ketika saya masih bermain dalam pasukan akademi, meletakkan saya terus ke pasukan pertama, sementara yang lain masih ragu dengan kebolehan saya.”

Dutch former international football player Dennis Bergkamp (R) poses with Dutch former international football player Johan Cruijff as they hold copies of Bergkamp’s biography written by Jaap Visser and David Winner during the book’s presentation in Amsterdam, The Netherlands, on October 18, 2013. AFP PHOTO / ANP / KOEN VAN WEEL
***netherlands out*** (Photo credit should read Koen van Weel/AFP/Getty Images)

“Johan datang dengan ‘blueprint’ untuk Ajax pada tahun 2010. Kami berdua merasa ianya perlu perubahan dan serta merta kami membuat keputusan. ”

“Ketika makan malam itulah dia membuka mata saya. Itulah permulaan revolusi ‘Cruyff’ di Ajax.”

“Kelab itu telah pergi ke arah tertentu. Tetapi Johan dan saya mempunyai idea yang berbeza tentang kejurulatihan dan penghasilan pemain.”

“Saya sentiasa menjadi peminat bola sepak Johan Cruyff.”