Quantcast

KAJIAN & FAKTA

5 Pertemuan Epik Barcelona vs Manchester United Yang Pernah Mewarnai Pertandingan Eropah

Bagaikan kasih bertaut kembali. Begitulah kisah pertemuan Barcelona dan Manchester United setelah diundi akan bertemu satu sama lain di peringkat suku akhir UEFA Champions League semalam.

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 11 kali sejak 1984. Tiga daripada pertemuan tersebut adalah di pentas akhir pertandingan eropah – termasuk pertandingan UEFA European Winners Cup yang diadakan secara timbal balik.

Daripada nama-nama seperti Romario, Hristo Stoickov, dan Diego Maradona, Bryan Robson, Mike Phelan dan Denis Irwin. Kemudian ia disambung kepada era Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dan kini nama-nama seperti Paul Pogba dan juga Ousmane Dembele.

Manchester United 3 Barcelona 0 (European Cup Winners’ Cup, 21 Mac 1984)

Perlawanan ini pasti masih menjadi sebutan peminat dan penyokong kedua-dua pasukan yang dikira otai. Ia dianggap perlawanan klasik – terutamanya di kalangan penyokong The Red Devils – kerana kebangkitan luar biasa skuad United yang pada ketika itu berada di bawah bimbingan Ron Atkinson.

Menuju ke perlawanan ini, Manchester United dianggap underdog setelah tewas 2-0 pada perlawanan kedua di Nou Camp. Menentang pasukan yang dibarisi Diego Maradona dan Bernd Schuster, tidak ada siapa yang berani meramalkan sebarang kebangkitan dari skuad United pada malam yang dingin di Old Trafford.

Sebaliknya yang terjadi apabila Barcelona yang terkelu dengan dua gol dari Bryan Robson di setiap babak perlawanan, sebelum Frank Stapleton menjaringkan gol kemenangan lapan minit sebelum waktu sebenar perlawanan tamat. Kemaraan United bagaimana pun disekat oleh Juventus di peringkat separuh akhir.

BARCELONA, SPAIN – MARCH 7: Bryan Robson of Manchester United (centre) in action during the European Cup Winners’ Cup 3rd Round 1st Leg between Barcelona and Manchester United at Camp Nou on March 7, 1984 in Barcelona, Spain. (Photo by Professional Sport/Popperfoto/Getty Images)

Manchester United 2 Barcelona 1 (European Cup Winners’ Cup, 15 Mei 1991)

Segar daripada memenangi trofi pertama, iaitu Piala FA di bawah bimbingan Alex Ferguson pada musim sebelumnya, European Cup Winners’ Cup pada 1991 merupakan trofi kedua yang diraih oleh United di bawah kendalian pengurus dari Scotland itu.

Berbeza dengan pertemuan pada 1984, kali ini skuad Alex bakal berhadapan dengan Barcelona yang dibimbing oleh Johan Cryuff. Manchester United mendahului 2-0 selepas 74 minit perlawanan melalui dua jaringan Mark Huhges yang sebelum itu merupakan pemain Barcelona diantara 1986 sehingga 1988, sebelum kembali ke Old Trafford.

Gol tunggal Barcelona selepas itu pula dijaringkan oleh Ronald Koeman – yang merupakan pengendali skuad kebangsaan Belanda pada hari ini. Manchester United muncul juara menewaskan Barcelona 2-1.

Football, UEFA Cup Winners Cup Final, Rotterdam, Holland, 15th May 1991, Manchester United 2 v Barcelona 1, Manchester United?s Mark Hughes challenges Barcelona?s Alberto Ferrer (Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Barcelona 4 Manchester United 0 (Kumpulan A Champions League, 2 November, 1994)

Berbeza dengan apa yang berlaku pada tahun 1991, skuad impian Johan Cruyff pada ketika itu yang memiliki pemain penyerang terbaik Amerika Latin dan Eropah – Romario dan Hristo Stoichkov – menjadi igauan buruk buat anak buah Alex Ferguson.

Penyerang sensasi Bulgaria, Stoichkov menjaringkan dua gol, Romario menghasilkan saru gol dan satu lagi jaringan oleh pemain pertahanan Albert Ferrer melengkapkan malam derita buat gandingan pertahanan Steve Bruce dan Gary Pallister.

United gagal melepasi peringkat kumpulan, manakala Barcelona dikecewakan PSG di pusingan kedua. Ajax muncul juara eropah pada musim tersebut.

Barcelona’s Romario (l) fires his team’s second goal past Manchester United’s Steve Bruce (r) and Gary Pallister (c) (Photo by Tony Marshall – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Manchester United 0 Barcelona 2 (Perlawanan Akhir Champions League, 27 Mei, 2009)

Manchester United tampil di perlawanan akhir yang berlangsung di Stadio Olimpico Rome selaku juara bertahan – setelah mengecewakan Chelsea melalui penentuan sepakan penalti di Moscow 12 bulan sebelum itu. Ia adalah perlawanan akhir kedua berturut-turut buat United di pertandingan elit eropah ini, dan misinya ialah untuk tampil sebagai pasukan eropah pertama memenanginya secara berturut-turut.

Lawan mereka Barcelona kendalian Pep Guardiola dianggap sebagai skuad eropah terbaik yang pernah disaksikan pada hari ini. Samuel Eto’o meletakkan Barca di hadapan hanya selepas 10 minit perlawanan berlangsung. Lionel Messi kemudiannya melengkapkan kemenangan dengan tandukan janggal, yang jarang dilihat dari penyerang Argentina itu. Kemenangan tersebut melengkapkan kejayaan treble selaku juara La Liga, Copa del Rey, seperti mana yang dicapai oleh United 10 tahun sebelum itu.

Barcelona´s Cameroonian forward Samuel Eto’o (C) celebrates scoring the first goal against Manchester United during the final of the UEFA football Champions League on May 27, 2009 at the Olympic Stadium in Rome. AFP PHOTO / CARL DE SOUZA (Photo credit should read CARL DE SOUZA/AFP/Getty Images)

Barcelona 3 Manchester United 1 (Perlawanan akhir Champions League, 28 Mei, 2011)

Selang semusim, kedua-dua kelab dipertemukan lagi di pertandingan ini – sekali lagi di perlawanan akhir UEFA Champions League pada musim 2010/11. Messi sekali lagi memainkan peranan penting untuk mengatasi Manchester United di Wembley.

Pedro terlebih dahulu meletakkan Barcelona di hadapan, namun jaringan tersebut berjaya dipadam oleh Wayne Rooney. Kemudian Messi kembali memberi inspirasi kepada Barca untuk mendahului dengan jaringan dari penjuru kotak penalti, sebelum David Villa melengkapkan kemenangan 3-1 untuk United sekali lagi kempunan.

Barcelona’s Lionel Messi (2nd R) vies with the Manchester United defence during the UEFA Champions League final football match on May 28, 2011 at Wembley stadium in London. AFP PHOTO / GLYN KIRK (Photo credit should read GLYN KIRK/AFP/Getty Images)

Rumusan

Kedua-dua pasukan sudah mengalami banyak perubahan sejak kali terakhir mereka bertemu di perlawanan akhir pada 2011. Mampukah United mengekang Lionel Messi pada kali ini setelah dikecewakan oleh pemain yang sama di dalam dua perlawanan akhir sebelum ini?

Dua heavyweight bola sepak eropah, pertemuan kali ini lebih dari sekadar menyingkap sejarah lalu buat Barcelona dan Manchester Unuted.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!