Penyerang Liverpool, Diogo Jota sekali lagi menyerlah bersama pasukan baharunya dengan menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan West Ham United 2-1 di Anfield dalam aksi Liga Perdana inggeris (EPL) pada Sabtu.
Sejak berhijrah dari Wolverhampton Wanderers tempoh hari, pemain berusia 23 tahun itu turut meledakkan jaringan ketika berdepan Sheffield United dan FC Midjylland dan sekaligus telah mengumpul empat gol daripada semmbilan perlawanan dalam semua pertandingan musim ini.
Dengan aksi cemerlang tersebut, timbul perdebatan terutamanya dalam kalangan penyokong Liverpool, adakah Jota lebih layak untuk diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama berbanding Roberto Firmino.
Jota tipped to take Firmino's place in Liverpool team #LFC | https://t.co/PamiZZ1McF pic.twitter.com/aQsIr0OnFw
— Read Liverpool (@ReadLiverpoolFC) October 30, 2020
Penyerang Brazil tersebut baru menjaringkan satu gol sahaja dalam semua pertandingan musim ini sekalipun lebih kerap memulakan perlawanan. Kebanyakan jaringan Liverpool lebih tertumpu kepada Sadio Mane dan Mohamed Salah sebagai pemain sayap.
Dalam perlawanan lepas, kreativiti Jota di barisan hadapan ternyata lebih menyerlah terutamanya dalam mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.
Gerakannya yang bijak mencari ruang dalam kotak penalti West Ham menunjukkan kemampuannya selaku penyerang tulen yang tiada dalam skuad Liverpool dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Ianya sudah tentu tugasan yang mencabar untuk Jurgen Klopp dalam memastikan kedua-dua pemain diberikan peluang yang seimbang untuk mencapai keputusan positif pada setiap perlawanan.
FT: Liverpool 2-1 Sheffield United
⚽️ Firmino
⚽️ Jota#PremierLeague | #LFC pic.twitter.com/JF3pimGz3y— LFC News (@_FCLIVERPOOL) October 24, 2020
Pilihan lain yang boleh dilakukan adalah memberi peluang kepada kedua-dua pemain untuk beraksi dalam kesebelasan utama.
Contohnya ketika perlawanan menentang Sheffield United, Liverpool menukar formasi kegemaran 4-3-3 mereka kepada 4-2-3-1 dengan Jota beraksi di sayap kiri, Mane di kanan dan Firmino di belakang Salah.
Ia mungkin sistem yang diperlukan Liverpool untuk mengoptimumkan semua pemain terbaik mereka di bahagian serangan selain menambah variasi di bahagian tengah pasukan.
Bagaimanapun Klopp tentunya sudah ada perancangan terbaik untuk setiap pemainnya. Mungkin buat masa ini beliau merasakan Jota lebih sesuai untuk terus berperanan sebagai super sub yang boleh menghasilkan impak yang lebih besar.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liverpool:
Disebalik Banyak Trofi Bersama Liverpool, Gerrard Susah Lupa Kegagalan Ini
Penyokong Liverpool Harus Maafkan Pickford Seperti Mana Penyokong Everton Maafkan Son
Carragher: Keluarkan Wang Besar, Liverpool Kena Dapatkan Upamecano