EPL 2020/21: Kemasukkan Diogo Jota & Xherdan Shaqiri Ubah Nasib Liverpool

Shaqiri Jota Liverpool west Ham epl

Pengendali, Jurgen Klopp menggunakan 20 minit terakhir aksi untuk mengubah nasib Liverpool dengan memasukkan Diogo Jota dan Xherdan Shaqiri ke dalam perlawanan.

Ketika kedudukan terikat 1-1, West Ham lebih selesa untuk kekal mempertahankan kedudukan tersebut sambil adakalanya membuat serangan balas. Liverpool pula memerlukan sesuatu yang baru untuk membolehkan mereka meneruskan rentak kemenangan dan melonjak ke puncak saingan Premier League 2020/21.

Memasuki minit ke-70, Klopp memandang ke bangku simpanannya dan mengambil keputusan untuk memasukkan dua pemain, Shaqiri untuk Curtis Jones dan Jota menggantikan Roberto Firmino yang masih bergelut dengan prestasinya.

Menurut Alan Shearer dalam rancangan Match of The Day, “Ia Liverpool yang lain ketika kedua-dua pemain itu dimasukkan. Ia merupakan keputusan yang sangat tepat [untuk memasukkan mereka]. West Ham sudah kelihatan sangat selesa, bermain dengan baik dan mereka sangat padat [ketika bertahan].”

“Tetapi, apabila mereka berdua masuk, ia nampak berbeza. Tidak dapat disangkal, ia merupakan pertukaran pemain yang sangat berkesan,” tambah Shearer lagi mengenai perubahan yang telah dibuat oleh Klopp yang membuahkan hasil buatnya.

Liverpool menunjukkan yang tiada siapa mampu untuk menewaskan mereka di ‘Anfield Fortress’. Kini mereka sudah melalui 63 perlawanan tanpa kalah di gelanggang sendiri. Mereka juga memiliki pemain yang boleh diharapkan di bangku simpanan untuk mengubah permainan mereka sekiranya khidmat mereka diperlukan.

Firmino tampaknya terus bergelut dengan prestasinya sementara Curtis Jones pula hambar di jentera tengah dalam cuba memecah benteng kebal West Ham sepanjang beraksi. Mohamed Salah juga senyap sunyi selepas jaringan penyamaannya di minit ke-42 yang disempurnakan menerusi sepakan penalti untuk mengikat kedudukan.

Shaqiri masuk dan menunjukkan bagaimana caranya untuk memecah kubu West Ham menerusi hantaran yang sangat kemas kepada Jota dicelah-celah pertahanan pelawat. Shearer menggambarkan ianya adalah hantaran yang sangat menakjubkan.

“Untuk gol kedua Liverpool, ia sangat menakjubkan dengan apa yang Shaqiri lakukan, caranya membuat hantaran, visinya, tekniknya dan ia disudahkan dengan sangat baik oleh Jota,” ulas Shearer dalam rancangan yang disiarkan di BBC itu lagi.

KREDIT FEATURED IMAGE: BBC

Baca lagi artikel mengenai Diogo Jota, Xherdan Shaqiri dan Liverpool:

Setanding Coutinho, Xherdan Shaqiri Jadi Watak Penting Untuk Liverpool Musim Ini

Diogo Jota: Hari Tanpa Cristiano Ronaldo Hari Terbaik Saya

Disebalik Banyak Trofi Bersama Liverpool, Gerrard Susah Lupa Kegagalan Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN