Disebalik Banyak Trofi Bersama Liverpool, Gerrard Susah Lupa Kegagalan Ini

Gerrard Liverpool

Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard mendedahkan bahawa peristiwa ‘tergelincir’ ketika bertemu Chelsea sehingga menjadi antara penyebab kegagalan The Reds untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2013/14 masih menghantui dirinya.

Liverpool yang ketika itu dibimbing Brendan Rodgers memimpin carta liga dengan kelebihan tiga mata di belakang pencabar terdekat, Manchester City, namun segala-galanya berubah dengan sekelip mata apabila mereka kecundang 0-2 ketika bertemu Chelsea di Anfield.

Insiden yang sentiasa menjadi perbualan peminat bola sepak dunia itu berlaku selepas Gerrard tergelincir di kawasan sendiri ketika menerima hantaran daripada pemain pertahanan, Mamadou Sakho sekali gus memberikan ruang buat Demba Ba untuk meluru pantas ke hadapan pintu gol Liverpool bagi menewaskan Simon Mignolet.

Sehubungan dengan itu, Gerrard yang kini bergelar pengurus skuad utama Rangers mengakui apa peristiwa itu masih bermain-main di mindanya sehingga ke hari ini.

”Saya cuba untuk melupakannya tetapi ia tetap kembali, setiap masa,” ujar Gerrard menurut laporan Sport Bible.

Embed from Getty Images

”Ini bukan perkara yang akan berlaku pada setiap hari, tetapi ia merupakan detik yang sangat besar. Saya telah menikmati begitu banyak kenangan, beberapa detik yang luar biasa, di mana saya tidak pernah bermimpikannya.”

”Tetapi karier anda ada ketikanya juga meletakkan anda ke bawah. Saya tahu ia tidak hanya menyakitkan saya,”

”Ia turut menyakitkan ramai orang yang mendukung kami sejak bertahun-tahun lamanya. Penyokong Liverpool memberikan komitmen terhadap kelab ini.”

”Mereka mencintai kelab, ia [Liverpool] berada di dalam hati mereka.”

‘”Saya tahu apa ertinya, dengan memenangi Premier League, bagi kebanyakan orang. Keluarga saya sendiri, buat diri saya. Maksud saya, cara kelab bersama dengan saya, pada ketika itu, ia akan tetap menjadi satu rahsia,” tambah Steven Gerrard lagi.

Kredit featured image: Peter Byrne/PA Images via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Steven Gerrard:

Steven Gerrard ‘Teruja’ Jika Kejuaraan EPL Manchester City Pada 2014 Ditarik Balik

Steven Gerrard Bersemangat Buru Kejayaan Sulung Bersama Rangers

Jurgen Klopp Lihat Steven Gerrard Sebagai Pengganti Di Liverpool

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN