Marzuki Sulong Tak Pernah Terima Apa-Apa Elaun Sebagai Timbalan Presiden PBSNT

Marzuki Sulong

Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) menegaskan Timbalan Presiden, Marzuki Sulong yang kini menjadi sasaran kecaman para penyokong tidak pernah menerima walau sebarang bayaran atau elaun sejak beliau memegang jawatan tersebut.

Laporan sebelum ini menyebut bahawa sekumpulan penyokong setia Terengganu yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Ultras Tranung’ telah melemparkan kritikan terhadap Marzuki.

Marzuki dikatakan seorang yang tamakkan kuasa susulan keterlibatannya sebagai selaku Ahli Lembaga Pengarah Terengganu FC (TFC) dan Malaysian Football League (MFL), Ahli Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Setiu.

Selain itu, Ultras Tranung juga mendakwa Marzuki turut campur tangan dalam pemilihan pemain dan pasukan TFC dan disifatkan sebagai seorang pemimpin yang gagal.

Sehubungan dengan tohmahan yang telah dilemparkan Ultras Tranung itu, pihak PBSNT tampil untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa perkara yang diutarakan oleh entiti penyokong setia itu.

”Ketua jurulatih pasukan masing-masing TFC, TFCII, TFCIII & TFCIV telah diberi kuasa penuh untuk memilih pegawai dan pemain yang diinginkan seterusnya dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan bagi mendapatkan persetujuan terutamanya isu kewangan.”

”Kuasa penuh yang diberikan memperlihatkan Terengganu FC di bawah bimbingan Irfan Bakti sebelum ini berjaya menamatkan saingan selaku naib juara Liga Premier 2017 dan layak ke Liga Super 2018, berada di pentas akhir Piala Malaysia, manakala TFC II menjuarai Piala Cabaran Edisi Pertama, TFC III juara Piala Presiden dan TFC IV naib juara Piala Belia 2018.”

”Seterusnya kesinambungan tersebut diteruskan tanpa ada campur tangan dan keputusan pemilihan pemain adalah di bawah kuasa ketua jurulatih sepenuhnya,” ujar PBSNT menerusi Sekreteriat Agung persatuan tersebut.

Ultras Tranung ‘Tembak’ BOD Terengganu FC, Marzuki Sulong Sebagai ‘Kaki Ampu’

”Perlantikan Encik Marzuki Sulong sebagai salah seorang dari enam (6) orang Ahli Lembaga Terengganu Football Club Sdn.Bhd adalah merupakan persetujuan ketetapan Kongres PBSNT yang dicapai secara kolektif pada 2017.”

”Terengganu Football Club Sdn.Bhd merupakan anak syarikat PBSNT yang memiliki 100% pegangan saham dan Kongres bersetuju Ahli Lembaga Pengarah adalah berdasarkan jawatan yang disandang seperti seorang Presiden PBSNT, dua (2) orang Timbalan Presiden PBSNT, seorang Setiausaha Agung PBSNT, seorang Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan Negeri dan seorang Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu bagi peringkat permulaan penubuhan.”

”Oleh yang demikian, Encik Marzuki bin Sulong adalah merupakan Timbalan Presiden PBSNT pada masa ini dan beliau secara automatik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah TFC.”

Selain itu, PBSNT menegaskan bahawa Marzuki merupakan seorang yang mempunyai kredibiliti serta banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan bola sepak di negeri Terengganu.

”Beliau salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Football League (MFL) 2017 – 2021 dan memegang Portfolio Jawatankuasa Pertandingan Liga Malaysia sebagai Pengerusi dan beliau banyak membantu bolasepak Terengganu dari pelbagai segi sama ada soal pengurusan mahupun kelebihan kepada pasukan.”

”Selain itu, hubungan baik dengan DYAM Tunku Mahkota Johor selaku Pengerusi MFL dan pengurusan tertinggi MFL, projek perintis menaiktaraf padang yang diperkenalkan MFL tersebut dan TFC adalah salah sebuah pasukan yang terpilih. Akhirnya Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah berwajah baru dan mempunyai padang yang berkualiti tinggi yang siap sepenuhnya pada awal tahun 2020.”

”Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM yang juga banyak membantu dalam pembangunan pemain muda di peringkat Piala Presiden dan Belia.”

”Beliau juga tidak pernah menerima apa-apa bayaran atau elaun sebagai Timbalan Presiden PBSNT dan sejak 2017 beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam pasukan. Beliau telah memberikan khidmat bakti yang tinggi demi melihat kemajuan bolasepak Terengganu berada dipuncak kecemerlangan.”

Kenyataan media yang pada mulanya telah dimuat naik bagaimanapun sudah dipadamkan dari laman media sosial rasmi Terengganu FC.

Kredit foto: MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN