Quantcast

BERITA

Jurgen Klopp Lihat Steven Gerrard Sebagai Pengganti Di Liverpool

Pengurus Rangers, Steven Gerrard berkata beliau “terkejut dan terharu” apabila mendengar Jurgen Klopp melihat dirinya bakal sebagai pengganti pengendali Jerman itu di Anfield satu hari nanti.

Komen dari Klopp terhadap bekas kapten Liverpool itu dilakukan di majalah edisi terbaharu Four Four Two.

Sebelum menyertai Rangers pada 2018, Gerrard pernah mengendalikan skuad Bawah-19 tahun Liverpool.

“Saya terkejut tetapi juga terharu pada masa yang sama,” ujar Gerrard.

“Tetapi apabila anda membaca apa yang dikatakan beliay secara teliti: ‘Jika saya dipecat esok’, maka beliau berpendapat Steven Gerrard adalah pengganti beliau yang seterusnya.

“Jurgen Klopp tidak akan dipecat esok. Saya juga tidak mahu beliau dipecat. Beliau telah melakukan tugas dengan baik sekali.”

Komen oleh Klopp itu ialah apabila beliau menjawab soalan berkenaan hubungan beliau dengan dengan Kenny Danglish yang merupakan Pengarah bukan eksekutif kelab tersebut.

“Kennu dan Stevie [Gerrard] adalah penyokong terbesar saya sejak hari pertama saya tiba di sini.

“Jika Liverpool memecat saya esok, mungkin Kenny adalah pilihan pertama kelab untuk menggantikan saya. Namun mereka juga harus memanggil Stevie kembali dari Glasgow.

“Jika anda bertanya siapa yang harus menggantikan saya, saya akan menjawab Stevie. Saya akan membantu beliau dengan apa yang terdaya.”

Klop dan Gerrard masing-masing mempunyai kontrak sehingga 2022 pada kontrak masing-masing.

Tiada diantara kita yang pasti apa yang akan berlaku selepas itu.