EPL 2020/21: Arsenal Menang Kali Pertama Di Old Trafford Dalam 14 Tahun

Gol penalti Pierre-Emerick Aubameyang pada separuh masa kedua memberikan Arsenal kemenangan Premier League pertama di Old Trafford sejak 2006.

Manakala Aubameyang pula menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa gol dengan penalti yang memperdaya David de Gea pada minit ke-69. Penalti tersebut dihadiahkan kepada Arsenal oleh pengadil Mike Dean selepas Paul Pogba menjatuhkan Hector Bellerin dalam kotal penalti.

United cuba menyamakan kedudukan dan hampir berjaya berbuat demikian apabila percubaan ala hantaran Donny van de Beek terbias dari Mohamed Elneny, kemudian ke muka Bernd Leno sebelum terlantun keluar dari tiang gol.

Persembahan United rosakkan sambutan Solskjaer

Dengan Arsenal yang pastinya gembira dengan kemenangan ini, United pula perlu melupakannya dengan segera. Ia bukanlah persembahan yang mahu ditunjukkan Red Devils untuk memperingati memori legenda kelab Nobby Stiles yang meninggal dunia pada Jumaat lepas.

Mereka nampak jauh berbeza dari pasukan sama yang membelasah RB Leipzig dalam aksi UEFA Champions League pada awal pagi Rabu lepas. Sebelum itu, mereka cemerlang menewaskan Newcastle dan PSG.

Dalam perlawanan ke-100 Solskjaer sebagai pengurus United, anak buahnya nampak terlalu suka mengambil satu langkah ke depan, dua langkah ke belakang.

Solskjaer mengekalkan sistem 4-4-2 berlian yang menjadi ketika menentang Leipzig, tetapi menentang anak buah Mikel Arteta, peluang dan ruang untuk menjaringkan gol tiba-tiba menjadi premium.

Satu-satunya peluang terbaik mereka hadir apabila hantaran cantik Marcus Rashford menemui Mason Greenwood dalam kotak penalti. Percubaan Greenwood yang menyusul selepas itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh kaki Leno.

Selain Pogba, Bruno Fernandes juga ditenggelamkan oleh enjin dua jentera tengah Arsenal yang dikawal oleh Elneny dan Thomas Partey.

Dengan kekalahan ini, United hanya tiga tangga di atas zon penyingkiran. Walaupun musim masih awal dan masih mempunyai masa untuk memperbetulkan keadaan, sehinggi kini mereka masih belum menang di halaman sendiri – kali pertama berlaku sejak 1972.

Arsenal akhiri penantian 14 tahun

Arsenal pula bermain dengan baik, walaupun tidaklah secemerlang mana. Elneny membalas kepercayaan Arteta yang memilihnya dalam kesebelasan utama berbanding Granit Xhaka dengan melindungi jentera pertahanan di belakangnya dengan cemerlang.

Tetapi di bahagian serangan, Arsenal nampak sukar untuk menjaringkan gol. Alexander Lacazette mungkin boleh menjaringkan gol jika Victor Lindelof tidak mengusik hantaran Aubameyang.

Percubaan Willian pula sekadar melepasi palang selepas itu. Bukayo Saka pula sepatutnya menyudahkan peluangnya dengan lebih baik selepas hantaran sayap kanan Bellerin menemuinya.

Aubamyeang juga seakan hilang sentuhan pemusnahnya apabila lencongan rembatannya gagal menemui sasaran selepas rehat separuh masa pertama. Mujur penyerang Gabon itu berjaya menyempurnakan penalti untuk menamatkan penantian 29 perlawanan Arsenal tanpa kemenangan di halaman lawan enam pasukan teratas liga.

The Gunners kini naik ke tangga ke-8 liga dengan 12 mata. Red Devils pula di tangga ke-15 dengan tujuh mata.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN