Ancelotti: Everton Akan Buktikan Boleh Menang Tanpa Richarlison

Everton Richarlison Ancelotti

Kehilangan tonggak utama sudah pasti menjadi masalah besar buat mana-mana pengurus pasukan. Begitu juga dengan Everton yang kehilangan khidmat Richarlison yang menjalani penggantungan.

Pengurus The Toffess, Carlo Ancelotti mengingatkan anak buahnya supaya membuktikan bahawa mereka boleh mencapai kemenangan tanpa kelibat Richarlison selepas pasukan tersebut tewas kepada Southampton pada minggu lalu tanpa penyerang Brazil tersebut.

Richarlison yang digantung tiga perlawanan selepas menerima kad merah kerana mengasari pemain tengah Liverpool Thiago Alcantara diganti oleh Alex Iwobi yang mengambil tempatnya dalam perlawanan lepas, namun barisan serangn Everton jelas tumpul sepanjang perlawanan berkenaan.

https://twitter.com/TOFnews/status/1322310065618079745?s=20

Mengikut rekod, sejak pemain berusia 23 tahun itu tiba di Marseyside pada musim panas 2018,  Everton tidak pernah menang apabila beliau tidak diturunkan.

Kini Ancelotti berdepan dengan situasi yang cukup mencabar selepas dua lagi pemain utama James Rodriguez  dan Lucas Digne juga tidak akan beraksi keteika perlawanan menentang Newcastle United pada Ahad disebabkan kecederaan dan penggantungan.

“Saya tahu dengan statistik ini, saya cuma boleh cakap dua benda. Pertama Richarlison memang pemain yang penting untuk kami dan kelab. Yang kedua ini adalah masa untuk memecahkan statistik ini. Ini adalah masanya, kemungkinan itu tetap ada.

https://twitter.com/TOFnews/status/1321169930860060673?s=20

“Richarlson jelas seorang pemain yang penting, tetapi kami masih boleh menggantikannya dengan pemain lain. Jadi kami tidak perlu memberi fokus terlalu banyak tentang fakta ketiadaan Richarlison di sini.

“Digne tiada, James pun tiada, tetapi kami masih ada skuad yang bagus dan jika kami melakukan yang terbaik kami masih ada peluang untuk menang.”

Dengan ketiadaan Richarlison dan James, bebanan tanggungjawab untuk memberu gol kini terletak di bahu Dominic Calvert-Lewin yang sudah menjaringkan tujuh gol musim ini.

Pemain yang dipinjamkan ke Paris Saint-Germain (PSG), Moise Kean kini menyerlah selepas menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan untuk kelab gergasi Perancis tersebut termasuk dua gol ketika menang 2-0 ke atas Basaksehir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada Rabu lalu.

Ia sekaligus menyamai jumlah gol yang dijaringkan dalam 37 penampilan bersama Everton pada musim lepas dan Ancelotti menegaskan penyerang Itali itu akan kembali semula selepas tempoh pinjamannya tamat.

“Itu apa yang terkandung dalam kontrak. Kami memutuskan untuk benarkan dia dipinjamkan supaya dapat bermain labih banyak perlawanan. Dia dapat peluang tersebut dan telah menunjukkan kualitinya. Dia akan kembali pada musim depan bersama kami.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Everton:

Penyokong Liverpool Harus Maafkan Pickford Seperti Mana Penyokong Everton Maafkan Son

Jurgen Klopp ‘Mengucap Panjang’ Bila Tahu Ancelotti Jadi Pengurus Everton

Pickford Pasang ‘Bodyguard’ Selepas Terima Ancaman Bunuh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN