Pickford Pasang ‘Bodyguard’ Selepas Terima Ancaman Bunuh

Pickford Pengawal

Walaupun telah 10 hari berlalu, isu Jordan Pickford mencederakan Virgil van Dijk nampaknya masih belum reda apabila penjaga gol Everton itu dilaporkan terpaksa mengupah pengawal peribadi selepas beliau dan isterinya menerima ancaman bunuh.

Memetik sumbar daripada akhbar UK, Daily Mail, penjaga gol utama England itu juga turut dikatakan telah menambah kawalan keselamatan di rumahnya yang terletak di Marseyside.

Pickford yang tidak menerima sebarang hukuman oleh pengadil semasa perlawanan dan Persatuan Bola Sepak England (FA) selepas perlawanan telah dihujani dengan pelbagai kritikan dan kecaman termasuklah daripada pengurus Liverpool, Jurgen Klopp sendiri.

Beliau juga mendedahhkan telah menerima pelbagai cacian serta makian dalam media sosial sejak tamat perlawanan tersebut dan terkejut apabila ada yang melampau sehingga memberikan ugutan bunuh terhadap diri dan keluarganya.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu yang telah membuat laporan polis telah dinasihatkan supaya menyah aktifkan akaun media sosialnya.

Sekalipun Pickford telah dipertahankan oleh Jamie Carragher, ia langsung tidak dapat menghentikan kemarahan penyokong The Reds yang kecewa kerana Van Dijk disahkan mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) yang serius dan terpaksa diketepikan selama beberapa bulan.

“Memang ramai yang kecewa dengan situasi tersebut, kem Liverpool, penyokong Liverpool dan mungkin peminat bola sepak yang neutral juga mahu Pickford digantung. Tapi saya memilih untuk pertahankan Pickford,” ujar legenda Liverpool tersebut..

“Ya, memang ia terjahan yang teruk. Saya sendiri pernah patah kaki, tetapi saya juga pernah hampar mematahkan kaki Nani [pemain Manchester United]. Dalam bola sepak perkara seperti ini berlaku tanpa dijangka. Saya tak rasa ada pemain yang sengaja mahu mencederakan pemain lain.”

Apa yang lebih menghairankan, Van Dijk dalam kenyataannya sendiri mengatakan beliau bersedia dengan cabaran [kecederaan] tersebut dan merancang untuk kembali pulih secepat mungkin.

“Dalam bola sepak seperti juga dalam kehidupan, saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya dan penting untuk mencuba dan terus memiliki wawasan yang sama ketika berada di atas mahu pun di bawah,” ujar pemain kebangsaan Belanda itu.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

Klopp: FC Midtjylland Buat Kehidupan Kami Seperti Alam Perkahwinan

Disebalik Banyak Trofi Bersama Liverpool, Gerrard Susah Lupa Kegagalan Ini

Mike Dean Pengadil Man Utd vs Arsenal, Penyokong Arsenal Pasrah Awal-Awal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN