Pemain tengah Belanda, Donny van de Beek dilaporkan telah selesai menjalani pemeriksaan perubatan di Belanda bagi melengkapkan proses perpindahan bernilai £40 juta (RM222 juta) dari Ajax ke Manchester United.
Perincian rundingan tersebut dikatakan kira-kira €39 juta dengan bonus tambahan sebanyak €5 juta dan akan diumum dalam tempoh beberapa hari selepas pemain berusia 23 tahun berkenaan selesai tugasan bersama skuad negaranya di peringkat antarabangsa.
Skuad Oranje dijadualkan beraksi di saingan Liga Negara-Negara Eropah berdepan Poland pada 4 September dan Itali pada 7 September. Van de Beek akan berangkat ke Manchester selepas selesai tugasan tersebut.
Donny van de Beek missed Netherlands training today as he's having a medical for Manchester United, reports @telegraaf pic.twitter.com/2jcCrOHqby
— B/R Football (@brfootball) August 31, 2020
Umum mengetahui hasrat Ole Gunnar Solskjaer untuk mendapatkan Van de Beek bagi menambah kreativiti di bahagian tengah United dan telah memantau perkembangan pemain tersebut sejak beberapa musim lepas.
Pemain tersebut didapati tidak terlibat dengan skuad Ajax yang menjalani perlawanan persabahatan menentang Eintracht Frankfirt pada Sabtu lalu.
Van de Beek merupakan watak penting yang membantu Ajax mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim 2018/19. Musim lepas beliau telah menjaringkan 10 gol dan menyumbang 11 bantuan jaringan dalam semua pertandingan.
It looks like Van De Beek to United is edging closer.
— Top Bins Talk (@TopBinsTalk) August 29, 2020
Our favorite trait of his is how he freezes the keeper just before shooting. Delays his shot and leaves the keeper on his heels, and then slots it.
Calm, composed, clinical. A top signing.pic.twitter.com/D2HCiVfnkT
Pada Mei lalu, Pengerusi Eksekutif Ajax, Edwin van der Sar telah mengesahkan pemain tengah tersebut dibenarkan untuk meninggalkan Armsterdam, tetapi hanya dengan harga yang setimpal.
Sekiranya perpindahan tersebut direalisasikan, Van de Beek akan menjadi pemain pertama yang dibawa masuk United ke Old Trafford untuk jendela perpindahan musim panas ini selepas mereka gagal mendapatkan Jadon Sancho.
Solskjaer kini masih berharap pihak pengurusan United dapat membawa masuk sekurang-kurangnya dia orang pemain baharu di posisi pertahanan tengah dan penyerang sebelum United memulakan perlawanan musim ini menentang Crystal Palace pada 19 September ini di Old Trafford.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United: