Virgil Van Dijk Akui Kecewa Ronald Koeman Tinggalkan Skuad Belanda

Ronald Koeman

Pemain pertahanan, Virgil van Dijk meluahkan rasa kecewanya apabila bekas pengendali skuad kebangsaan Belanda, Ronald Koeman meninggalkan The Oranje bagi menyertai Barcelona.

Koeman, 57 tahun, merealisasikan impiannya untuk membimbing Barcelona selepas beliau dipilih bagi menggantikan pengurus terdahulu, Quique Setien sebaik sahaja The Blaugrana dibelasah Bayern Munich pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah tempoh hari.

Keadaan itu menyebabkan Koeman melepaskan jawatan pengurus Belanda yang dipegangnya sejak 6 Februari 2018 di mana beliau berjaya pasukan tersebut melayakkan diri ke saingan EURO 2020 dan perlawanan akhir UEFA Nations League 2019.

Meskipun kecewa dengan keputusan yang diambil Koeman, van Dijk tetap memahami mengapa bekas pengurusnya itu berminat untuk membimbing Barcelona dan turut tumpang gembira dengan keputusan tersebut.

”Kami semua amat kecewa untuk melihat seorang pengurus skuad kebangsaan yang hebat meninggalkan kami, tetapi kami memberikannya [menerima keputusan itu] dengan sepenuh hati.”

”Anda boleh bertanyakan kepada setiap pemain dalam skuad ini, seorang demi seorang, semuanya merasakan perasaan yang sama. Ia merupakan impian besar buatnya [sertai Barcelona].”

”Saya tidak pernah cuba untuk memujuknya supaya kekal. Sudah tentu ia juga datang untuk sementara waktu. Tiada siapa yang menjangkakan perkara ini akan berlaku dengan sangat pantas, tetapi kami gembira dengan keputusan yang diambilnya.”

”Sekarang ini kami perlu untuk ‘move on’,” ujar van Dijk menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

Dengan ketiadaan Koeman yang sudah meninggalkan pasukan, skuad kebangsaan Belanda pada ketika ini dibimbing oleh pengendali sementara,  Dwight Lodeweges dalam persiapan mereka untuk menentang Poland dan Itali dalam saingan UEFA Nations League 2020.

Kredit featured image: Eric Verhoeven/Soccrates/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Ronald Koeman:

Leave a Reply