Solskjaer: Football Manager Banyak Mengajar Saya Tentang Bola Sepak

Permainan Football Manager

Football Manager sememangnya mempunyai peminat tersendiri sehingga pengurus dan para pemain profesional juga turut ‘obses’ terhadap permainan simulasi yang menjadikan anda sebagai seorang pengurus bola sepak di alam maya.

Nama-nama terkenal seperti Antoine Griezmann, Paul Pogba, Cesar Azpilicueta, Christian Eriksen, Andros Townsend dan Yohan Cabaye antara pemain yang begitu menggemari permainan ini.

Selain itu, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer turut menjadikan Football Manager sebagai medium buat dirinya untuk lebih mendalami selok belok pengurusan bola sepak sejak dari zaman beliau bergelar pemain The Red Devils.

Wawancara BT Sport ketika Solskjaer masih lagi membimbing Molke FK beberapa tahun lalu, beliau mengakui bahawa banyak yang dipelajarinya ketika bermain Football Manager sewaktu kariernya sebagai pemain.

”Ketika saya beraksi untuk Manchester United, saya meluangkan masa rehat dengan bermain Football Manager.”

”Ia merupakan satu permainan yang cukup luar biasa, saya telah belajar banyak perkara tentang bola sepak. Saya juga belajar banyak perkara tentang pemain, terutamanya dalam mencari pemain muda.”

”Ia menyerupai dunia nyata, apabila datang seorang yang akan menjadi pemain yang baik. Mereka [Football Manager] telah membuat kajian yang cukup hebat.”

”Saya ingat memikirkan perkara yang sama, kemudiannya saya melakukannya ketika menjadi pengurus, akan akan memberikan peluang kepada pemain muda, melihat bagaimana mereka mengembangkan bakat.”

”Anda boleh menekan beberapa butang [Football Manager Real Time Editor (FMRTE)] dan mendapatkan jutaan wang untuk membeli seorang pemain. Saya tidak pernah menikmatinya.”

”Ramai pemain bermain FIFA dan Football Manager. Saya merasakan ia membantu mereka untuk lebih memahami bola sepak,” ujar Solskjaer lagi.

Seperti yang dilaporkan beberapa tahun lalu, Ketua Pencari Bakat Hoffenheim telah menggunakan info daripada permainan ini untuk membawa masuk Roberto Firmino ke kelab tersebut dari Brazil.

Kredit featured image:

Baca artikel lain dari kami mengenai permainan Football Manager:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN