Kenali Jenis Pengurus Dalam Permainan Simulasi Football Manager (Bahagian 1)

Permainan simulasi terkenal yang menjadikan anda seorang pengurus pasukan bola sepak, Football Manager (FM) sudah lama bertapak di tanah air sejak tahun 2005 lagi.

Sebelum itu, permainan ini lebih dikenali sebagai Championship Manager yang bermula sejak tahun 1992.

Namun akibat hubungan yang retak diantara Sport Interactive dan penerbit asal, Eidos Interactive menyebabkan mereka terpaksa membuat haluan masing-masing.

Sport Interactive kehilangan hak untuk menggunakan nama tersebut seterusnya menjenamakan semula dengan nama Football Manager dan bekerjasama dengan penerbit baru dari Jepun iaitu SEGA.

Bagi yang sudah lama mengenali permainan video ini sudah pastinya sudah mengetahui selok belok Football Manager yang sememangnya mampu membuatkan anda lalai melayani permainan ini.

Football Manager

Mari kita ketahui beberapa jenis pengurus yang boleh dikaitkan dengan permainan ini :

1) Pengurus kelab bawahan dan menjadikan kelab anda hebat 

Terdapat pengurus FM yang lebih menggemari untuk membawa naik kelab bawahan dan secara tidak langsung meningkatkan kelab tersebut menjadi lebih baik untuk bersaing dengan kelab yang hebat.

Sebagai contoh membimbing pasukan di  Sky Bet League 2 ( kini merupakan EFL League Two) iaitu Cambridge United dan anda menjadi hero buat pasukan dengan membawa naik kelab tersebut ke liga yang lebih tinggi sehingga ke Liga Perdana Inggeris.

Bagi kelab-kelab seperti ini, masalah kewangan dan kurangnya minat pemain berkualiti untuk menyertai pasukan anda adalah masalah yang paling utama.

Kebiasaannya ia akan mengambil masa yang agak lama untuk berjaya melainkan anda merupakan pakar taktikal yang mampu menyesuaikan keupayaan pemain dengan taktikal anda.

Pengurus jenis ini merupakan seorang pengurus yang begitu kuat tahap kesabarannya.

2) Hanya menggunakan kelab besar dan mempunyai kewangan yang kukuh

Pengurus seperti ini tidak mahu memeningkan kepala dengan masalah kewangan untuk merekrut pemain baru kerana sudah mempunyai kewangan yang kukuh (mendapat bantuan dari Sugar Daddy).

Tambahan pula kelab besar sudah mempunyai pemain yang hebat dan dapat menarik ramai pemain baru bertaraf dunia untuk menyertai kelab anda.

Pengurus jenis ini juga mahu menikmati cabaran besar di Eropah bagi membawa kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah buat kelab dibimbingnya sejak musim pertama membimbing kelab.

3) Mengawal satu kelab dan menambah satu lagi kelab untuk ‘penipuan pembelian’

Bagi anda yang kurang arif mengenai permainan ini, FM juga boleh dimainkan lebih dari seorang apabila anda boleh menambah bilangan pengurus, namun ianya sering digunakan oleh seseorang pengurus yang ingin melakukan jalan pintas bagi mendapatkan wang secara mudah.

Sebagai contoh, sekiranya anda sedang menjadi pengurus West Ham United dan anda menambah untuk menjadi pengurus Manchester City. Anda akan menggunakan kekayaan City untuk membeli seorang pemain West Ham United dengan harga tidak masuk akal lalu memuktamadkan perpindahan tersebut.

Selepas perpindahan itu berjaya, anda meletakkan jawatan sebagai pengurus Manchester City dan mencari pasukan kaya yang lain pula.

Mudah bukan untuk mendapat ‘duit lebih’ buat pasukan anda ?

4) ‘Save game’ sebelum perlawanan dan ‘Load game’ semula jika gagal memenangi perlawanan 

Perkara ini juga sering digunakan oleh para pengurus. Kebiasaannya digunakan untuk perlawanan akhir bagi mengelakkan kelab mereka tewas.

Ada juga yang menggunakan taktik begini untuk perlawanan besar ketika menentang pasukan yang hebat. Ulangi perkara tersebut berulang-ulang kali sehingga meraih kemenangan.

Lebih ‘hebat’ sekiranya seorang pengurus melakukan perkara sebegini dari perlawanan pertama hingga akhir setiap kali gagal meraih kemenangan.

5) Setia dengan satu kelab sahaja

Pujian harus diberikan kepada pengurus tersebut diatas kesetiaannya dapat kekal bertahan dengan agak lama bersama satu kelab dibimbingnya.

Bukan mudah untuk kekal terlalu lama kerana permainan ini kadangkala memerlukan cabaran baru bersama kelab baru.

Sekiranya anda golongan pengurus seperti ini, tidak keterlaluan untuk mengatakan anda adalah seorang pengurus yang hebat.

6) Gemar mencari taktikal yang sesuai buat pasukan

Ada juga pengurus yang suka untuk melakukan ‘try and error’ berkenaan taktikal yang perlu digunakan oleh pasukan mereka.

Pengurus jenis ini adalah seorang pengurus yang mampu bersabar untuk menghasilkan keputusan yang baik buat pasukannya.

Di samping itu pengurus seperti juga mempunyai taktikal khas sekiranya beraksi di laman sendiri, tempat lawan dan senjata rahsia andai bertemu pasukan yang lebih hebat.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN