United Cuba ‘Sailang’ Real Madrid Untuk Dapatkan Van De Beek

Manchester United Donny van de Beek

Ketua Pegawai Eksekutif Ajax Armsterdam, Edwin Van der Sar mengakui beberapa kelab Eropah seperti Real Madrid dan Manchester United telah menyatakan minat mereka untuk mendapatkan pemain muda, Donny van de Beek pada musim perpindahan akan datang ini.

Akhbar Belanda, De Telegraaf sebelum ini melaporkan Ajax dan Real Madrid telah membuat rundingan dan bersetuju dengan nilai perpindahan sebanyak €50 juta (RM240 juta) untuk pemain tengah itu.

Bagaimanapun, kelab gergasi Sepanyol itu dikatakan ‘menahan’ sementara pembayaran disebabkan isu kewangan yang melanda disebabkan penangguhan semua aksi bola sepak ekoran pendemik COVID-19.

Perkara tersebut tidak menyenangkan Ajax yang mahukan penjualan van de Beek segara diselesaikan dan hubungan baik van der Sar dengan bekas pasukannya menjadikan Manchester United kini dalam landasan tepat untuk mendapatkan pemain berusia 23 tahun itu.

Ia dikatakan sebagai persediaan sekiranya Paul Pogba meninggalkan Old Trafford untuk menyertai pasukan lain apabila jendela perpindahan dibuka tidak lama lagi.

Statistik van de Beek untuk tiga musim kebelakangan ini cukup baik dengan menjaringkan 41 gol dan menyumbang 34 bantuan jaringan dalam 175 penampilan untuk juara Belanda tersebut.

United dikatakan sedang berunding untuk menandatangani pemain berkenaan dengan harga yang lebih rendah, tetapi Van der Sar bertegas pemain tengahnya itu tidak akan dijual dengan ‘harga diskaun’ kepada mana-mana kelab.

“Tentulah perpindahan sehingga €150 atau €200 juta tidak akan berlaku buat masa sekarang. Tetapi pemain Ajax sudah diketahui kualitinya, sangat bijak dan berpengalaman bermain di pentas Eropah.

“Musim lepas kami telah buat perjanjian lisan dengan [Andre] Onana, [Nicolas] Tagliafico dan van de Beek untuk kekal semusim lagi dan kami akan bantu setiap dari mereka mencari langkah seterusnya dalam karier,” kata Van der Sar lagi.

United juga berusaha keras untuk membawa masuk penyerang muda England, Jadon Sancho dari Borussia Dortmund selain mengukuhkan benteng pertahanannya dengan cuba mendapatkan Kalidou Koulibaly dari Napoli.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Ajax:

https://semuanyabola.com/ajax-tamatkan-kontrak-abdelhak-nouri-selepas-sedar-dari-koma/

Leave a Reply