Thomas Tuchel: Kecemerlangan Manuel Neuer Pada ‘Waktu Yang Salah’

Kecemerlangan Manuel Neuer

Tidak keterlaluan untuk memperkatakan bahawa kecemerlangan penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer turut menjadi faktor utama kejayaan kelab tersebut menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) 2019/20 di Lisbon awal pagi semalam.

Penjaga gol berusia 34 tahun itu mempamerkan ketenangan dalam menafikan beberapa percubaan menarik yang dimiliki jentera serangan Paris Saint-Germain (PSG) sekaligus menyaksikan gawangnya tidak dibolosi sehingga tamat permainan.

Selain daripada berjaya menafikan percubaan dalam situasi ‘satu lawan satu’ dengan Neymar di awal permainan, Neuer turut bertindak cemerlang menggagalkan rembatan Marquinhos dengan menggunakan kaki kanannya pada minit ke-70.

Sehubungan dengan itu, pengurus PSG, Thomas Tuchel tanpa berselindung memuji kehebatan Neuer dan beranggapan beliau telah meletakkan penjaga gol ke satu tahap yang baharu.

”Kami mempunyai [Keylor] Navas, tetapi Neuer berada pada tahap persembahan yang terbaik pada waktu yang salah [buat PSG],” ujar Tuchel menurut laporan Goal.

”Dia telah meletakkan permainan bagi seorang penjaga gol di tahap yang baharu. Malang sekali buat kami.”

Neuer yang menyertai Bayern Munich daripada Schalke 04 pada musim 2011/12 telah membuat 388 penampilan dalam semua pertandingan disertai kelab Bavaria tersebut.

Sepanjang tempoh sembilan musim itu, beliau telah memenangi kejuaraan treble sebanyak dua kali iaitu pada kempen 2012/13 dan musim ini. Ia turut menyaksikan beliau telah memenangi dua kejuaraan UCL dan menjulang trofi Bundesliga sebanyak lapan kali berturut-turut.

Kredit featured image: Matt Childs/Pool via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manuel Neuer:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN