Manuel Neuer: Saya Akan Bersara Sekiranya Khidmat Tidak Lagi Diperlukan

Neuer

Penjaga gol berpengalaman, Manuel Neuer mendedahkan bahawa akan bersara daripada kancah bola sepak sekiranya khidmat beliau tidak lagi diperlukan oleh Jerman dan Bayern Munich.

Neuer yang kini berusia 33 tahun masih lagi menjadi sandaran utama buat skuad kebangsaan yang bergelar Die Mannschaft dan kelab Bavaria tersebut walaupun seringkali bergelut dengan kecederaan.

Ia cukup jelas untuk membuktikan bahawa Neuer merupakan antara tonggak penting buat kedua-dua pasukan. Beliau telah membuat 89 penampilan bersama Jerman manakala sudah beraksi sebanyak 340 perlawanan di peringkat domestik untuk Bayern Munich.

”Apabila anda sudah lagi tidak diperlukan dan merasakannya, ia sukar untuk bersaing dan memotivasikan diri setiap hari,” Neuer mengulas mengenai bila beliau akan mengambil keputusan itu [bersara].

”Apabila pengalaman anda masih diperlukan dan para pemain memerlukan anda, ia akan mendorongnya. Saya mempunyai perasaan bahawa saya sangat diperlukan dalam skuad kebangsaan dan semua gembira apabila saya berada disana.”

”Sudah jelas bahawa saya perlu untuk membuktikan sesuatu terhadap prestasi saya.”

”Kerjaya panjang saya adalah hasil daripada rasa cinta saya terhadap sukan ini [bola sepak]. Saya sangat teruja apabila berada di padang latihan atau ketika bermain.”

”Ia merupakan satu kejayaan hebat buat saya. Saya berusia 33 tahun tetapi apabila saya berada di atas padang, saya sentiasa merasakan saya masih mampu memperbaiki kualiti sebagai penjaga gol.”

Neuer kini bersama kem pasukan kebangsaan bagi menghadapi Kelayakan Euro 2020 yang menyaksikan skuad bimbingan Joachim Low itu tewas 2-4 ditangan Belanda.

Aksi seterusnya yang bakal dihadapi Neuer dan rakan sepasukan adalah bertemu pendahulu kumpulan C, Ireland Utara di Belfast pada 10 September nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN