Neuer Sedih Lihat ter Stergen Bolos Sampai Lapan Gol

Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer menzahirkan rasa sedih dan kasihan melihat rakan senegaranya yang juga pemain Barcelona, Marc-Andre ter Stergen yang memboloskan lapan gol menentang kelabnya.

Bercakap kepada media selepas perlawanan, Neuer jelas sekali berasa kasihan dengan nasib yang menimpa rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Jerman itu walaupun gembira dengan kejayaan Bayern Munich.

“Saya berasa kasihan dengan Marc-Andre ter Stergen apabila melihat beliau memboloskan begitu banyak gol.”

“Ianya bagus untuk kami [menang perlawanan], tetapi kita tak pernah mengharapkan sesuatu yang begitu teruk terjadi kepada rakan sepasukan kita dalam skuad kebangsaan.”

Ianya cukup perit untuk ditelan kerana beliau memboloskan kesemua gol itu dalam satu perlawanan sahaja.

Jumlah lapan gol yang dibolosi oleh ter Stergen itu adalah sama banyak untuk sebuah jaringan yang terhasil dari perlawanan yang dilangsungkan secara timbal balik atau agregat.

Rentetan kekalahan memalukan Barcelona itu, pelbagai kesan sampingan yang muncul dari kelab itu.

Pemain pertahanan, Gerard Pique mengatakan beliau sanggup disingkirkan dari kelab untuk memberikan laluan kepada pembangunan Barcelona.

Quique Setien pula dijangka akan meninggalkan kelab dengan kekalahan memalukan kepada juara Jerman itu dilihat sebagai perlawanan terakhirnya.

Bayern Munich akan bertemu pemenang sama ada Manchester City atau Olympique Lyonnais di separuh akhir.

Baca juga artikel kami mengenai Marc-Andre ter Stergen:

Leave a Reply