Neuer: “Saya Perlu Meletakkan Negara Dan Badan Saya Sebagai Keutamaan”

Kapten Jerman, Manuel Neuer masih belum pasti sama ada beliau akan kembali ke dalam pasukan Jerman ataupun tidak dalam masa terdekat ini bagi menyertai skuad ke Piala Dunia.

Neuer sudah pun kembali berlatih tetapi masih belum membuat penampilan untuk Bayern Munich selepas berehat panjang kerana kecederaan sejak September.

Jupp Heynckes telah pun membuat pengesahan bahawa  Neuer tidak akan bermain untuk mana-mana aksi Bayern Munich dalam beberapa baki perlawanan musim ini. Ini termasuk perlawanan final Piala DFB.

Neuer menjadi watak penting dalam kejayaan Jerman menjuarai Piala Dunia pada 2014. Beliau seperti pemain lain, sentiasa mahu membantu pasukan Jerman di dalam temasya Piala Dunia.

Bercakap kepada Kickers tentang harapan beliau kepada Piala Dunia 2018, Neuer berkata:

“Saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang. Saya dah kembali berlatih dan rasa baik baik sahaja. Namun tidak ada jangkaan yang boleh diberikan buat masa ini.”

Neuer tidah mahu keputusan beliau terlalu emosi, hanya kerana mahukan tempat dalam pasukan sehingga memudaratkan diri beliau sendiri.

Seterusnya, dengan kualiti penjaga gol yang ada, Neuer tidak mahu hanya kerana mahu cepat kembali Neuer akan meletakkan pasukan di dalam risiko.

Ini apabila beliau kembali terus ke dalam skuad dalam keadaan tidak cukup persediaan dari segi persedian teknikal dan taktikal. Sedangkan rakan-rakan beliau yang lain seperti Ter Stegen lebih bersedia dalam semua aspek.

Ter Stegen pernah menyatakan, beliau akan memberikan laluan kepada Neuer secara automatik apabila kapten itu kembali ke dalam pasukan tanpa perlu banyak soal. Neuer kurang gemar dengan idea itu.

“Saya harus membuat keputusan yang terbaik demi Jerman dan diri saya sendiri.”

(Photo by TF-Images/Getty Images)

“Saya tidak perlu cuba mempercepatkan pemulihan ini semata-mata mahu bermain dalam Piala Dunia. Ia akan memudaratkan diri saya. Tumpuan saya adalah berlatih setiap hari sehinggalah cergas.”

“Langkah-langkah itu saya dah ambil dan hasilnya agak positif buat masa ini. Saya akan teruskannya. Dan kita akan tengok sama ada ia membantu.”

Bekas pakar fisioterapi Bayern Munich dan Jerna, Oliver Schmidtlein, percaya yang Neuer tidak mampu untuk bermain pada perlawanan peringkat kumpulan di Rusia.

Paling awal pun Neuer boleh bermain adalah pada pusingan kalah mati.

Leave a Reply