Subkhiddin Setuju Tindakan FAM Untuk ‘Gam’ Yazan Al-Arab Selamanya Di Malaysia

Subkhiddin Mohd Salleh yang merupakan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), jelas memuji tindakan disiplin diambil ke atas bekas pertahanan import Selangor, Yazan Al-Arab.

Terdahulu, Yazan telah pun menendang pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Bin Mohd Amir kerana tidak berpuas hati dilayangkan kad merah seusai perlawanan ditamatkan pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2023.

Kerana Tendang Pengadil, Kontrak Yazan Al-Arab Sah Ditamatkan Selangor

Yazan yang bermula di bangku simpanan sebelum itu, dibawa masuk pada separuh masa kedua untuk menggantikan penyerang utama Selangor iaitu Richmond Boakye.

Masalah mula berlaku sebaik sahaja wisel penamat perlawanan dibunyikan, setelah Yazan bertindak agresif untuk memarahi pengadil sehingga layangan kad merah diberikan buat pemain tersebut.

Kemuncak insiden itu, Yazan dikesan telah pun mengangkat kaki ke belakang pengadil sebagai tanda tidak berpuas hati sehingga terpaksa ditenangkan rakan sepasukan lain bagi menghentikan tindakan tersebut.

Hasilnya kini, kontrak Yazan telah pun ditamatkan secara serta merta oleh pasukan tersebut, dan hukuman terbaharu dikeluarkan oleh FAM secara rasmi.

Antara bentuk hukuman dikeluarkan ialah, Yazan diharamkan secara seumur hidup untuk terlibat dalam sebarang aktiviti bola sepak di Malaysia dan ianya dianggap sebagai tindakan tepat oleh FAM.

Jelas Subkhiddin, tiada sesiapa perlu meratapi ketiadaan Yazan dalam dunia bola sepak tempatan kerana kelibat beliau umpama seperti kanser yang akan membarah jika tidak diatasi segera.

“Sudah acap kali peristiwa yang mencemarkan ‘peranan sukan bola sepak dalam pembentukan sahsiah kehidupan’ diceroboh secara liar dan biadap di peringkat negeri dan daerah.

“Mereka yang bermain di peringkat ‘bawahan’ ini mudah terikut dengan ‘idola’ mereka di peringkat lebih tinggi. Sebab itu saya agak lantang sebelum ini sekali pun suara saya tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

“Kali ini, saya ingin berikan pujian kepada FAM kerana dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan beberapa gelagat biadap yang perlu ditangani dengan cemerlang untuk masa hadapan bola sepak negara kita secara menyeluruh.

“Ia meliputi bakat baharu pemain dan pegawai perlawanan, pentadbir, penyokong yang lebih bijak dan mereka yang ingin terbabit dengan bola sepak secara umumnya,” katanya menerusi Berita Harian.

Pada pandangan anda, adakah tindakan dikenakan oleh FAM kepada Yazan merupakan sesuatu sangat tepat dan menjadi pengajaran berguna buat semua pemain profesional lain di Malaysia kini?

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN