Kerana Tendang Pengadil, Kontrak Yazan Al-Arab Sah Ditamatkan Selangor

Kelibat pertahanan import Selangor, Yazan Al-Arab secara rasminya tidak akan lagi bersama Selangor sehingga ke penghujung musim 2023, setelah ianya ditamatkan oleh pasukan tersebut secara serta merta.

Kenyataan rasmi itu dikeluarkan sendiri menerusi laman pasukan tersebut dengan menyatakan pihak kelab memutuskan untuk menamatkan khidmat pertahanan kebangsaan Jordan terbabit.

“Merujuk kepada insiden yang berlaku selepas perlawanan Suku Akhir Piala
Malaysia 2023 antara Selangor FC dan Terengganu FC pada 24.09.2023 yang
melibatkan pengadil perlawanan dan Yazan Al-Arab (“Pemain”), Kelab
Bolasepak Selangor (“Kelab”) telah menjalankan satu Prosiding Tatatertib
berkaitan dengan insiden tersebut.

“Berikutan Prosiding Tatatertib tersebut, Kelab tela memutuskan untuk
menamatkan kontrak Yazan Al-Arab melalui penamatan kontrak bersama
secara serta-merta.

“Kami di Selangor FC mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Yazan Al-Arab di atas khidmat dan bakti beliau buat Red Giants sepanjang
dua musim bersama dengan Kelab.

“Kelab ingin mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik
untuk masa depan Yazan. Terima kasih, Yazan,” jelas kenyataan tersebut.

Sebelum itu, Yazan telah pun menendang pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Bin Mohd Amir menjadi suatu lagi insiden tidak sepatutnya berlaku dalam suasana Liga Malaysia (Liga M).

Ketika keganasan membabitkan antara penyokong di luar stadium kini tidak lagi kedengaran, sebaliknya pula berlaku dalam segelintir pemain bola sepak profesional musim ini dengan terbaharu ia membabitkan Yazan ketika aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2023.

Pada perlawanan tersebut, kedua pasukan menampilkan intensiti dalam permainan sehingga menyaksikan beberapa kekasaran turut berlaku membabitkan situasi sesama pemain di atas padang.

Yazan yang berada di bangku simpanan sebelum itu, dibawa masuk pada separuh masa kedua untuk menggantikan penyerang utama Selangor iaitu Richmond Boakye.

Masalah mula berlaku sebaik sahaja wisel penamat perlawanan dibunyikan, setelah Yazan bertindak agresif untuk memarahi pengadil sehingga layangan kad merah diberikan buat pemain tersebut.

Tindakan ‘Bebal’ Yazan Al-Arab Bakal Undang Masalah Buat Selangor

Kemuncaknya, Yazan dikesan telah pun mengangkat kaki ke belakang pengadil sebagai tanda tidak berpuas hati sehingga terpaksa ditenangkan rakan sepasukan lain bagi menghentikan tindakan tersebut.

Perbuatan Yazan itu kini menyaksikan Selangor terlepas khidmat untuk menggunakan pertahanan tersebut pada baki saingan Liga Super sehingga ke penghujung musim.

Sumber:
Selangor FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN