Tindakan ‘Bebal’ Yazan Al-Arab Bakal Undang Masalah Buat Selangor

Tindakan pertahanan Selangor iaitu Yazan Al-Arab yang menendang pengadil perlawanan, Mohd Hasrol Bin Mohd Amir menjadi suatu lagi insiden tidak sepatutnya berlaku dalam suasana Liga Malaysia (Liga M).

Ketika keganasan membabitkan antara penyokong di luar stadium kini tidak lagi kedengaran, sebaliknya pula berlaku dalam segelintir pemain bola sepak profesional musim ini dengan terbaharu ia membabitkan Yazan ketika aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2023.

Pada perlawanan tersebut, kedua pasukan menampilkan intensiti dalam permainan sehingga menyaksikan beberapa kekasaran turut berlaku membabitkan situasi sesama pemain di atas padang.

Yazan yang berada di bangku simpanan sebelum itu, dibawa masuk pada separuh masa kedua untuk menggantikan penyerang utama Selangor iaitu Richmond Boakye.

Masalah mula berlaku sebaik sahaja wisel penamat perlawanan dibunyikan, setelah Yazan bertindak agresif untuk memarahi pengadil sehingga layangan kad merah diberikan buat pemain tersebut.

Kemuncaknya, Yazan dikesan telah pun mengangkat kaki ke belakang pengadil sebagai tanda tidak berpuas hati sehingga terpaksa ditenangkan rakan sepasukan lain bagi menghentikan tindakan tersebut.

Perbuatan Yazan itu jelas mendapat pelbagai reaksi negatif dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan yang menyifatkan ianya tidak wajar dan perlu menjalani hukuman penggantungan.

Natijah daripada emosi Yazan itu bukan sahaja merugikan dirinya untuk beraksi selepas ini, malah beliau akan menyebabkan pasukan tersebut turut kekurangan pemain bagi mengharungi baki aksi liga jika hukuman dikenakan.

Pastinya ini menjadi mimpi buruk yang panjang buat Selangor selepas gagal untuk mencipta kebangkitan pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia selepas mencatat keputusan seri sahaja sewaktu bertemu Terengganu menerusi keputusan 1-1 dan agregat 3-1.

Malah, pasukan tersebut juga terpaksa berhadapan dengan emosi Yazan yang menyebabkan mereka bakal kehilangan khidmatnya selepas ini selain berkemungkinan didenda oleh pihak bertanggungjawab.

Semoga ini menjadi pengajaran berguna buat pemain kebangsaan Jordan tersebut untuk tidak melebihi emosi daripada akal fikiran sehingga menyebabkan segalanya bertambah buruk buat nama pasukan.

Selepas ini, Selangor hanya akan memberi fokus sepenuhnya kepada persaingan Liga Super dalam misi mereka untuk cuba mendapatkan slot ke saingan Asia musim hadapan.

Walaupun begitu, ianya mungkin agak sukar kerana mereka kehilangan khidmat Yazan dan menjadi tugas buat Tan Cheng Hoe untuk kembali menaikkan motivasi buat beliau dan rakan sepasukan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN