Kuching City Hadapi Misi Sukar Berdepan Cabaran JDT

Kuching City bakal meneruskan aksi Liga Super 2023 musim ini dengan perlawanan seterusnya membabitkan pasukan tersebut menentang jaguh bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beraksi di gelanggang lawan iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), jelas kelebihan terarah kepada JDT yang bakal mendapat sorakan padu daripada para penyokong mereka sepanjang aksi berlangsung.

Malah, momentum semasa JDT juga dianggap sangat menyakinkan selepas pasukan tersebut masih segar dengan kemenangan mereka di pentas AFC Champions League (ACL) dengan menewaskan Ulsan Hyundai menerusi keputusan 2-1 di laman sendiri.

Sudah tentu momentum tersebut ingin dipertahankan skuad kendalian Esteban Solari itu untuk mengekalkan rekod tanpa tewas mereka di saingan Liga Super musim ini.

Berbalik kepada Kuching City, pasukan tersebut juga berada dalam momentum tersendiri selepas kejayaan mereka untuk melayakkan diri ke pentas final saingan MFL Challenge Cup 2023.

Bawah kendalian Aidil Sharin Sahak sejak pertengahan musim lalu, pasukan tersebut mula tampil dengan corak permainan lebih menyakinkan sehingga mendapat pujian daripada ramai penyokong.

Selain itu, rombakan yang dibuat pasukan tersebut dengan membabitkan beberapa import baharu juga turut mengukuhkan lagi Kuching City kini sebelum aksi Liga Super 2023 berakhir.

Walaupun begitu, pasukan tersebut tetap akan menghadapi aksi getir malam ini selepas mereka bakal berhadapan JDT di gelanggang lawan yang serba menyakinkan.

Daripada segi kualiti, JDT jelas terlalu unggul di segenap posisi dan sukar untuk diatasi mana-mana pasukan lawan musim ini di Malaysia.

Ianya bakal memberi cabaran besar buat Aidil untuk cuba merangkai strategi berguna kepada barisan pemain merek untuk cuba melakukan kejutan di gelanggang pasukan lawan.

Rekod musim ini menyaksikan kedua pasukan tersebut sudah pun bertembung sebanyak satu kali menerusi kemenangan kepada JDT di Stadium Negeri hasil keputusan penuh 4-0 pada 23 Mei lalu.

Melihat kepada rekod tersebut, sudah tentu JDT enggan terlepas sebarang mata dan ingin menamatkan cabaran liga ini dengan begitu sempurna tanpa sebarang kekalahan.

Apapun, Kuching City juga masih berpeluang untuk mencipta kejutan jika para pemain mereka mampu untuk tampil lebih berdisiplin serta mengikut perencanaan diletakkan pengendali mereka sebaik mungkin malam ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN